Sahabat Que 'Silent Readers'

MESTI BACA: Biodata Idola Seluruh Umat Manusia, RASULULLAH S.A.W

9/17/2012 05:00:00 pm

Tidak dapat dinafikan, Rasulullah SAW atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah merupakan seorang manusia yang paling layak untuk dijadikan idola paling unggul di dalam sejarah kehidupan manusia. Dilahirkan pada pada subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi, baginda Rasulullah SAW merupakan insan sempurna yang diiktiraf oleh para sarjana dunia sebagai pemimpin paling berpengaruh dan tiada tolok bandingnya sehingga kini. Ketika berusia lima tahun, dada Muhammad SAW telah ‘dibedah’ oleh dua malaikat suruhan Allah SWT untuk membersihkan baginda dari sifat-sifat mazmumah atau pengaruh-pengaruh negatif yang ada pada dirinya.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Bapa baginda, Abdullah bin Abdul Muttalib telah meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan dan ibunya Aminah binti Wahab pula wafat ketika baginda berumur 6 tahun yang kemudiannya meletakkannya dibawah jagaan datuknya, Abdul Muttalib bin Hashim. Setelah datuknya meninggal dunia dua tahun kemudian, Muhammad SAW dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib bin Abdul Muttalib, sehingga dewasa. Muhammad SAW digelar sebagai Al-Amin yang mencerminkan ketinggian intergiti dan akauntabilitinya sebagai individu yang paling dipercayai di kalangan masyarakat Makkah Al-Mukarramah.

Berikut adalah biodata Rasulullah SAW, insan idola bagi seluruh manusia sehingga ke akhir zaman;

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan. (Bani Hashim)

Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.

Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.

Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

Tarikh wafat : Hari Isnin, 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijrah bersamaan 8 Jun, tahun 632 Masihi

Tempat wafat : Madinah Al-Munawwarah.

Usia ketika wafat : 63 tahun.

Nama isteri-isteri :
1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam’ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)

*semua ummul mukminin adalah janda melainkan Sayyidatina Aisyah Binti Abu Bakar

Nama anak-anak :
1. Qasim (meninggal semasa kecil)
2. Abdullah (meninggal dunia semasa kecil)
3. Zainab (berkahwin dengan Abu Al-’As
4. Ruqaiyah (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
5. Ummi Kalthum (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
6. Fatimah Al-Zahra (berkahwin dengan ‘Ali bin Abi Talib)
7. Ibrahim (meniggal dunia semasa kecil)

Bentuk fizikal :
Baginda Rasulullah SAW digambarkan sebagai seorang yang bertubuh tegap dengan ketinggian sederhana dan berkulit kemerah-merahan. Wajahnya tampan dan berambut tidak begitu kerinting serta tidak begitu lurus, namun ikal mencecah ke bahu.

Muhammad SAW juga dikatakan memiliki sepasang mata berwarna hitam pekat, bulu mata yang lentik, bahu yang lebar dan tidak berbulu. Namun diriwayatkan bahawa bahagian dadanya berbulu dan baginda memiliki telapak tangan dan kaki yang tebal.

Riwayat juga menyatakan bahawa ketika berjalan, Rasulullah SAW seolah-olah berjalan menuruni tanah yang lanai dan ketika menoleh, baginda menoleh dengan seluruh badan. Di antar kedua-dua bahu baginda terdapat tanda kenabian.

Selain itu, Muhammad SAW juga dikatakan memiliki janggut yang bersih dan terjaga rapi, berhidung mancung, gigi yang tersusun rapi bercahaya tapi renggang sedikit di bahagian hadapan dan rambutnya dibelah tengah.

Warna kegemaran : Merah, Putih dan Hijau.

Makanan kegemaran : Kurma, Bali, Buah Tin dan Anggur.

Sukan kegemaran : Menunggang kuda, memanah dan berenang.

Peperangan yang disertai :
1. Perang Badar
2. Perang Uhud
3. Perang Bani Nadhir
4. Perang Khandak
5. Perang Bani Qurazhah
6. Perang Khaibar
7. Perang Fathu Makkah
8. Perang Hudaibiyyah
9. Perang Tabuk

Demikianlah sebahagian dari biodata ringkas Muhammad SAW, manusia terulung dan kekasih Allah SAW yang bakal memberikan syafa’at kepada umatnya pada hari kiamat kelak. Semoga kita ummat Muhammad SAW akan terus kekal meneruskan sunnah baginda selagi hayat dikandung badan dan menjadikannya sebagai idola yang terunggul di dalam hidup kita selamanya, wallahu’alam.

You Might Also Like

1 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad