Sahabat Que 'Silent Readers'

MESTI BACA: Lelaki Ini Sudah 70 Tahun Hidup Tanpa Makan & Minum

9/04/2012 01:00:00 am


Percaya atau tidak? Inilah manusia yang paling Pelik di dunia (bagi Abe lah). Dia mengaku sudah 70 tahun hidup tanpa makan dan tanpa minum. Kerana keanehannya itu, Ilmuwan tentera India sedang mempelajari lelaki berusia 82 tahun tersebut. Namanya Prahlad Jani, lelaki tua itu, kini ditempatkan di ruang isolasi di sebuah rumah sakit di Ahmedabad, Gurjarat. Telegraph melaporkan, di situ dia diawasi secara ketat oleh organisasi penyelidikan pertahanan India, yang percaya lelaki itu mungkin mempunyai high istimewa yang dapat membantunya bertahan hidup.

Dia telah menghabiskan masa enam hari tanpa makanan atau air di bawah pemerhatian ketat dan para doktor mengatakan, tubuhnya belum menunjukkan adanya kesan yang merugikan akibat kelaparan atau dehidrasi. Jani, yang mengaku telah meninggalkan rumah pada usia tujuh tahun dan hidup sebagai pengelana sadhu atau orang suci di Rajasthan, dianggap sebagai 'breatharian' yang boleh hidup dengan melaku 'tapa spiritual'. baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Dia percaya, dirinya disokong seorang dewa yang menuangkan suatu 'ubat mujarab' melalui sebuah lubang di langit-langit mulutnya. Pengakuannya itu telah disokong seorang doktor India yang ahli dalam kajian tentang orang yang mengaku mempunyai kemampuan supranatural, tetapi ia juga tak diakui sejumlah orang lain yang melihat dia sebagai seorang 'penipu dari desa'.

Organisasi Pembangunan penilitian Pertahanan India, yang ilmuwan mengembangkan pesawat baling- baling, peluru berpandu balistik antara-benua dan bom-bom jenis baru, percaya Jani boleh mengajar mereka untuk membantu para askar bertahan hidup lebih lama tanpa makanan, atau korban bencana untuk bertahan sampai bantuan tiba. "Jika dakwaan itu terbukti, itu akan menjadi sebuah terobosan dalam ilmu perubatan, "kata Dr G Ilavazhagan, pengarah Defence Institute of Physiology & Allied Sciences. "Kami akan boleh membantu menyelamatkan hidup umat manusia yang tertimpa bencana alam, berada di ketinggian, atau melakukan perjalanan laut dan pelbagai keadaan alam dan kemanusiaan yang ekstrim.

Kami boleh mendidik masyarakat tentang teknik-teknik hidup dalam keadaan buruk dengan sedikit makanan dan air atau tidak ada sama sekali. " Setakat ini, Jani nampaknya diperiksa dengan cermat. Dia tidak makan atau minum cecair apapun dalam enam hari, juga belum buang air kecil dan air besar selama waktu itu. Dia tetap ar segbugar dan sihat serta tidak menunjukkan tanda-tanda kelesuan. Doktor akan terus memantau dia selama 15 hari, suatu tempoh masa yang mereka harap dapat melihat beberapa keletihan otot, dehidrasi serius, kehilangan berat badan, dan keletihan yang diikuti kegagalan organ. Di India merupakan hal lumrah bagi orang Jain dan Hindu untuk berpuasa, kadang- kadang selama lapan hari lebih, tanpa kesan yang merugikan, yang merupakan sebahagian daripada ritual keagamaan mereka. Kebanyakan orang tidak boleh hidup tanpa makanan selama 50 hari.

Aksi mogok makan terpanjang yang dicatat adalah 74 hari. Menurut Dr Sudhir Shah, yang memeriksa Jani tahun 2003, ia berlangsung tanpa makanan atau air selama sepuluh hari di mana urin nampaknya diserap kembali oleh tubuhnya setelah terbentuk dipundi kencingnya. Keraguan ditujukan pada klaimnya setelah berat badannya sedikit turun pada akhir uji kaji itu.

You Might Also Like

5 comments

  1. memang jelas peliknya...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/09/wedding-cik-siti-nh-cik-oden.html

    ReplyDelete
  2. nie nak jd mcm sai baba laa nie..pelik2 last2 ngaku mcm tuhan....

    ReplyDelete
  3. Bertahun-tahun dulu....saya pernah dengar ceramah agama Hindu tentang Kehidupan dan Tuhan. Memang ada amalan ketuhanan yang menjurus kepada hidup tanpa makan...bahkan banyak lagi yang pada kehidupanh normal adalah tidak logik. Aku cuba memahami perkara ini namun untuk nak diadaptasikan kpd Orang Normal spt cadangan Dr. Ilavazhagan adalah 'mustahil'...banyak subject mesti dipelajari baru 'power' keEsaan mengalir ke dalam tubuh pelaku...contoh yang ada pada kita adalah...kita merasa gementar jika kita berbohong kerana amalan kita sentiasa amanah selama ini...Gementar itu adalah 'power keEsaan'. Begitu halnya dgn Jani....opocot! OOOp saya tdk mau cakap lagi hal ini nanti saya ditafsir telah tergelincir pulak...

    ReplyDelete
  4. Bertahun-tahun dulu....saya pernah dengar ceramah agama Hindu tentang Kehidupan dan Tuhan. Memang ada amalan ketuhanan yang menjurus kepada hidup tanpa makan...bahkan banyak lagi yang pada kehidupanh normal adalah tidak logik. Aku cuba memahami perkara ini namun untuk nak diadaptasikan kpd Orang Normal spt cadangan Dr. Ilavazhagan adalah 'mustahil'...banyak subject mesti dipelajari baru 'power' keEsaan mengalir ke dalam tubuh pelaku...contoh yang ada pada kita adalah...kita merasa gementar jika kita berbohong kerana amalan kita sentiasa amanah selama ini...Gementar itu adalah 'power keEsaan'. Begitu halnya dgn Jani....opocot! OOOp saya tdk mau cakap lagi hal ini nanti saya ditafsir telah tergelincir pulak...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad