Monday, 24 September 2012

MESTI BACA: Marahnya Kita...

Assalamualaikum...

Diharapkan semua Sahabat Abe berada dalam keadaan sihat sejahtera dan mendapat keberkatan Allah. Malam ni Abe berkongsi lagi ilmu yg telah dikongsikan oleh Pemimpin Abe tadi. Maaf Tuan, Abe tumpang kongsi ilmu dari perkongsian Tuan. Baru-baru ini seluruh dunia digemparkan dengan penghinaan terhadap Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w.

Tahniah kepada korang jika korang tergolong dikalangan mereka yang berasa amat marah dengan kejadian tersebut. Namun begitu adakah cukup dengan sekadar berasa marah tersebut? Sesungguhnya wahai teman-teman sekalian, peristiwa penghinaan terhadap Rasulullah ini sepatutnya menjadi titik tolak untuk kita semakin mencintai Rasulullah s.a.w. Bagaimanakah rasa cinta dan kasih terhadap Rasullullah s.a.w. ini dapat kita zahirkan?
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah dengan mengamalkan sunnah dan apa yang disampaikan oleh Rasullullah s.a.w.Adakah bermakna dan bermanfaat marahnya kita kepada siapa yang menghina Rasulullah s.a.w. tetapi:-
1- apabila hendak minum dan makan, basmalah tidak diucap?
2- apabila hendak menenangkan fikiran, "oppa gangnam style" dijadikan santapan telinga?
3- apabila mendengar nama Nabi Muhammad s.a.w. diucapkan, tiada sepatah selawat di ucapkan?
4- apabila azan berkumandang, solat tidak terus di laksanakan?

Marilah teman-teman, kita jadikan sunnah Rasulullah S.A.W sebagai ikutan kita. Abe syorkan agar kita mulakan apa-apa sahaja yang hendak kita lakukan dengan membaca basmalah. Sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan dimulai dengan basmalah akan diberkati oleh Allah. Banyakkan berselawat kepada Rasulullah s.a.w. dan sambutlah dengan selawat setiap kali nama  atau panggilan Rasulullah s.a.w. di ungkapkan.

Moga-moga dengan bertautnya sunnah Rasulullah s.a.w. dalam hidup kita, kita akan beroleh keberkatan dalam setiap apa yang kita kerjakan. Dengan adanya keberkatan dalam pekerjaan kita setiap hari, secara tidak langsung kita akan turut diberkati dan di pandang mulia di sisi manusia.

Wallahua'lam..
Published with Blogger-droid v2.0.9

1 comment:

  1. will always practic those that we use to forget...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"