Ramai yang menganggap bahawa seorang individu yang memilih kawan
adalah tergolong dari golongan yang cerewet dan ‘perasan bagus’, malah
ada yang mengkritik tindakan seumpama itu dengan mengada-ngada serta
tidak wajar dijadikan amalan. Namun hakikatnya, ramai yang tidak
tahu bahawa Islam sebenarnya menggariskan kepada umatnya untuk memilih
di dalam menjalin persahabatan.
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Diumpamakan
rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan
penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan
mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau
harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju
anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Nasihat
yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan
al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai
anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan
seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti
berikut.”
- Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
- Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
- Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
- Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
- Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Justeru itu, dalam memilih sahabat
kita hendaklah bersikap memilih yang baik agar segala matlamat dan
hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama
sahabat yang mulia. Sebagai umat Islam di zaman moden dan serba
maju ini, sewajarnya kita berhati-hati dalam memilih rakan kerana
persahabatan itu mampu mempengaruhi kehidupan sama ada membawa kebaikan
atau hanya bakal mendatangkan kerosakan kepada kita.
Sesungguhnya
Islam memberiahu bahawa rakan yang baik membantu kita ke arah
pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat,
manakala rawan yang tidak baik pula hanya membantutkan usaha kita ke
arah itu
Bagus la entri ni be, sebab tu nak saing ngan abe ni? Nk jadi blogger hebat jugak. he he he
ReplyDelete