Saturday, 15 September 2012

NAUZUBILLAH: Kisah Benar Wanita Bersuami Dua Siap Kongsi Katil Bersama

Pada Abe, lelaki beristeri lebih daripada seorang bukanlah sesuatu yang janggal, bagaimana pula kalau si isteri bersuami dua, sudah tentu bunyinya pelik. Dan bagaimana pula kalau si isteri itu tadi berkongsi katil dengan kedua-dua suaminya itu? Itu bukan janggal, bukan pelik…tetapi itu GILA namanya. HARAM dari segi Hukum ALLAH Taala. Tetapi itulah yang terjadi di Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia.

Sumber asal berita ni Abe tak tahu. Cuma Abe hanya dapat cerita ni daripada bekas anak murid Abe. Abe nak kongsi dengan korang, kisahnya begini...
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Umi Khasanah, berusia 44 tahun, mencari rezeki dengan mengumpul barang-barang lama dan telah pun berkahwin dengan suaminya, Saiful. Kemudian hadir Hadi (47 tahun) dalam hidup mereka. Hadi, seorang kakitangan pusat kesihatan sebelum itu telah diusir keluarganya kerana ditangkap berkhalwat dengan seorang gadis. Hampir dua tahun lamanya Hadi tinggal menumpang di rumah suami isteri itu. 

Bagaikan sebuah drama televisyen, Hadi tiba-tiba jatuh cinta dengan Umi Khasanah…dan cintanya bersahut! Entah bagaimana, kedua-duanya berjaya dikahwinkan walaupun Umi Khasanah sudah pun bersuami. Lebih menjelikkan, ketiga-tiga mereka berkongsi katil dan Saiful dikatakan selamba saja menyaksikan isterinya melakukan hubungan seks dengan ‘madunya’ itu. Bagaimanapun kisah rumah tangga ‘pelik’ itu berjaya dihidu penduduk kampung yang kemudiannya melaporkan perkara itu kepada pasukan polis. Akhirnya ketiga-tiga mereka telah ditangkap.

3 comments:

  1. Hemmm... Banyak btul benda yg menentang arus di landasan agama

    ReplyDelete
  2. apa nak jadi la...dunia dunia....

    ReplyDelete
  3. isyh isyh....... no komen lah... jauh2 kan....

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"