Sahabat Que 'Silent Readers'

SERAM: (Gambar) Tangan HANTU Ganggu Gadis Sedang Mandi Air Terjun

9/20/2012 12:20:00 pm


Ini ada satu berita gempar dari Sibu, Sarawak yang berlaku lama dulu. Dikatakan gadis ini tiba-tiba pengsan setelah gambarnya diambil. Dan setelah diteliti gambar tersebut didapati ada penampakan objek berupa tangan misteri yang kelihatannya seperti cuba mencekik gadis berkenaan. Meneliti gambar yang disertakan oleh berita ini, didapati memang benar kelihatan jari-jemari berkedut-kedit dan berkuku panjang seolah-olah hendak mencakik gadis ini.

Ada juga kemungkinan gambar hantu ini mungkin terjadi akibat biasan cahaya dari air sungai. Rupanya sungguh real dan menakutkan. Biasan dari air tidak selalunya menghasilkan ralat fotografi ber-dimensi sebegini. Satu lagi faktor adalah persoalan di mana adakah gadis ini pengsan setelah melihat
gambar ini atau sebelumnya? Kenapa gadis ini pengsan? Adakah kerana sudah dicekik hantu?

Lain kali kalau mandi sungai haruslah berhati-hati. Kita tak tahu dan tak nampak apakah yang sedang memerhatikan kita dari dasar sungai. Keselamatan juga harus diutamakan. Jangan ingat nak berseronok je.
Published with Blogger-droid v2.0.9

You Might Also Like

10 comments

  1. nampak2.. tu yang malas nak mandi air terjun.. Tambah tambah lagi bawa budak kecik...

    ReplyDelete
  2. keliahatan seperti biasan cahaya...

    ReplyDelete
  3. abe update entri seram jew lately ni.. huuuu

    ReplyDelete
  4. chenta dah lama tak mandi sungai ..
    takot cik anjang lalu ... huhhuh

    ReplyDelete
  5. Mahkluk kita tak nampak dia. Kalau ceroboh kawasan mereka kita diganggu.

    ReplyDelete
  6. tempat tu ada penunggu kot

    ReplyDelete
  7. Tu daun kering je la yg tersangkut kat leher budak ni...

    ReplyDelete
  8. pernah dengar cerita ni tak lama dulu..
    ada juga gambar yang lebih jelas dari ni kalau tak silap la..
    memang macam tanganlah..
    kalau kita pergi ke sungai atau kawasan hutan, berhati-hatilah..
    jangan menjerit/ membuat bising..
    sebab bukan kita je yang ada di situ..
    petua orang tua la..=D

    ReplyDelete
  9. cerita betul tu...dia budak sekolah menengah masa kejadian ..bukan budak kecik ...pengsan lepas naik ke darat ....

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad