Sahabat Que 'Silent Readers'

SUBHANALLAH: Ibu Meninggal Dunia Dalam Keadaan Memeluk Bayinya

9/05/2012 04:00:00 pm


Sedihnya Abe petang ni bila Abe melihat gambar seorang ibu meninggal dunia dalam keadaan memeluk anaknya. Kelu lidah Abe untuk berkata-kata apabila melihat gambar ini, dan tanpa sedar mengalir air mata melihat gambar yang penuh tragis ini.
Gambar sebelah kiri menunjukkan seorang ibu meninggal dunia dalam keadaan memeluk anaknya. Mereka di antara syuhada’ yang gugur syahid dibunuh dan disembelih oleh rejim Basyar dalam pembunuhan besar-besaran di Darayya, sekitar Dimasyq semalam.
Gambar kanan pula menunjukkan gambar yang hampir sama, tetapi ia berlaku ketika peritiwa Hama pada tahun 1982 yang dilakukan oleh ayah Basyar, Hafeez Asad. Peristiwa Hama merupakan di antara peristiwa paling tragis berlaku kepada rakyat Syria yang menyaksikan pembunuhan seramai 40 000 ribu Sunni di Syria.
Ya Allah, hancurkanlah mereka dan hinakanlah mereka di atas segala kezaliman yang telah dilakukan kepada umat Islam.

You Might Also Like

2 comments

  1. syuhada’ tu maknanya orang yang mati syahid ke?

    ReplyDelete
  2. bersyukurlah mrk yg masih ada ibu di sisi. boleh kalian kongsi duka suka bersama ibu. hmmmm

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad