Sahabat Que 'Silent Readers'

TELADAN: Isteri PM Turki Menangis Melawat Rohingya

9/02/2012 03:09:00 am

Terkesan pepagi ni Abe nak berkongsi dengan korang semuaa tentaang seseorang... Pada Abe, SIFATnya Abe kagumi... Dia, Emine Erdogan (isteri Perdana Menteri TURKI).
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni


Sifat ke'INSAN'nya menjadikannya menitis air mata semasa melawat mangsa keganasan etnik di Rohingya. Lawatan mengejut wanita pertama Turki ini ditemani oleh menteri luar Turki, Ahmet Davutoglu dan staf-staf kerajaan yang lain. Sesi lawatan ini adalah tidak lain untuk menyampaikan sumbangan kerajaan Turki kepada mangsa-mangsa pembunuhan kejam rejim junta Myanmar.
Bila Abe rujuk Google, Abe dapat maklumat daripada sumber rasmi  yang menyatakan bahawa lebih kurang 80 orang etnik Rohingya terbunuh sejak insiden tersebut berlaku pada awal Jun tahun ini. Etnik muslim Rohingya dianggarkan mempunyai populariti hampir 800,000 orang namun ia dianggap etnik paling tersisih di dunia. 

Etnik muslim Rohingya mengalami diskriminasi yang tegar daripada kerajaan Myanmar yang majoriti rakyatnya beragama Buddha. Mereka tidak boleh mengamalkan ajaran Islam secara terang-terangkan, hak sebagai rakyat Myamnar ditolak dan masjid tempat mereka beribadat dibakar dan dirobohkan.
Lawatan Emine Erdogan membuka lembaran baru kepada masyarakat Islam di seluruh dunia terutama kepada masyarakat Islam di negara Asia Tenggara yang majoritinya diam membisu. Pemimpin-pemimpin Islam di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei tidak mampu memberi komitmen yang berkesan terhadap isu Rohingya. Tidak tahu apa sebabnya, mereka gagal untuk bertindak sebagai saudara Islam ketika mana saudara Islam mereka tersempit di wilayah Arakan.

You Might Also Like

3 comments

  1. kenapa Malaysia tak ada tindakan ek?
    mungkin disebabkan dasar berkecuali yang Malaysia amalkan, kot..?
    air mata saya mengalir bila tengok video di atas tu..
    kesianlah...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad