TERKINI: Keputusan BAJET 2013
9/28/2012 07:14:00 pm
Abe kongsikan dekat sini antara beberapa keputusan bajet 2013 tadi ini. Antara yang Abe ingat jelah...hehehehe
1) Rebat RM 200.00 untuk pembelian telefon pintar untuk belia berumur 21 - 30 tahun. Hah, bab ni Abe dah terlepas, huhuhu
2) Pemberian Baucar Buku 1 Malaysia diteruskan dengan menaikan kadar dari RM 200.00 ke RM 250.00 untuk para pelajar IPTA/S. Cukup ke?
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
3) Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) sebanyak RM 500.00 diteruskan kepada isi rumah berpendapatan RM 3000 ke bawah.....DAN RM 250.00 KEPADA ORANG BUJANG BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS YANG BERPENDAPATAN RM 2000.00 KE BAWAH. Dapat la juga ringankan beban kepada mereka yang perlu.
4) Bonus kepada Penjawat Awam 1 bulan setengah gaji.... Setengah bulan telah diberikan pada Hari Raya yang lepas, setengah bulan lagi akan diberi pada Disember depan, setengah bulan lagi akan diberi pada januari 2013.
5) Hutang PTPTN siapa yang bayar habis dalam masa setahun akan diskaun 20% manakala kalau bayar konsisten akan dapat diskaun 10%- no komen... Kalu free apa salahnya, Abe suka. hihi
6) Ada lagi tapi Abe dah tak ingat... Hurmmmm...
*Ramai juga Abe tengok yang mengeluarkan pendapat masing-masing dengan keputusan Bajet 2013 ni.., ada yang mengatakan pancing undi dengan duit dan macam-macam lagi...
Published with Blogger-droid v2.0.9
6 comments
wah. macam best je bajet ni
ReplyDeleteIya ke ni nak beli tepon RM200 ni????
ReplyDeleteBengap punya budget... habis budak bawah 21 tahun tiada pendapatan dan gaji bawah RM2000 tak dapat apa apa.... memang betul nak pancing undi..
ReplyDeleteBudak bawah 21 tahun ..dah tentu tak dapat apa apa.... Bangang punya kerajaan
ReplyDeleteWah.. Best tu dapat banyak benefit!!
ReplyDeleteyang no 5 tu aku kurang setuju, siapa yang boleh bayar hutang PTPTN dalam masa setahun dapat diskaun 20%. Cuba tanya kat diri sendiri adakah kita mampu untuk selesaikan hutang tu dalam masa setahun. mana nak cekau duit. lainlah kalau aku anak orang kaya. Orang kaya akan dapat diskaun 20% tapi org kebanyakkan akan dapat 10% bagi yang mampu bayar mengikut jadual. kalau yang tak mampu terus tak dapat diskaun.
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"