TERKINI: Kerajaan AS Telah Menahan Lelaki Yang Di Syaki Menerbitkan Filem Hina RASULULLAH S.A.W
9/16/2012 12:50:00 pm
Seorang lelaki disyaki menghasilkan filem Innocense of Muslims
dibawa keluar dari rumahnya oleh pihak berkuasa AS, semalam. – Foto
ihsan
[DIKEMAS KINI] LOS ANGELES - Seorang lelaki yang disyaki menghasilkan filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, sehingga mencetuskan kemarahan dan protes mengorbankan hampir 10 orang setakat ini, ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), semalam.
Lelaki berkenaan, Nakoula Basseley Nakoula, pernah
disabitkan kesalahan berhubung kes menipu bank pada 2010, dan
diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun dan tidak boleh akses
kepada Internet. Nakoula, 55, dilaporkan telah menafikan terbabit dalam pembikinan filem tersebut, yang dinamakan Innocense of Muslims.
Protes ekoran tayangan filem itu merebak ke banyak negara Timur Tengah
dan Mesir. Semalam, protes juga diadakan di Malaysia. Hari ini, protes
merebak ke Australia. Nakoula ditahan sejurus selepas tengah malam tadi.
Wakil media menunggu kemunculan lelaki itu selama 48 jam di hadapan rumahnya di selatan California. Dia muncul dengan mengenakan skarf, kot dan cermin mata bagi mengelakkan wajahnya dirakam oleh media. Berdasarkan rekod hartanah, rumah dia ditahan adalah miliknya.
Jurucakap Jabatan Sherif Los Angeles, Steve Whitmore mengesahkan bahawa
Nakoula dibawa ke stesen sherif Cerritos untuk disoal siasat oleh
pegawai-pegawai pemantauan persekutuan bagi menentukan sama ada dia
telah melanggar syarat hukuman dipantau selama lima tahun yang
dikenakan.
Whitmore menambah, Nakoula telah bersetuju untuk ditemu siasat oleh
pihak berkuasa sebelum tiba di rumahnya. Oleh itu katanya, keputusan
dibuat Nakoula adalah secara sukarela.
"Lelaki itu memberi kerjasama," katanya lagi.
Nakoula ada memberitahu Associated Press bahawa dia bukan pengarah
filem itu tetapi hanya pengurus logistik. Pengarah filem itu dikatakan
menggunakan nama Sam Bassiel. Laporan terdahulu menunjukkan Nakoula
menggunakan sekurang-kurangnya lapan nama yang lain.
3 comments
Assalam, baguslah kalau macam nie... mereka nie juga harus menarik balik filem tersebut dari terus disiarkan di web...
ReplyDeletehmmmm..... huuuu....
ReplyDeletehmmmm bia dia kne hukuman yg setimpal
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"