Sahabat Que 'Silent Readers'

TERKINI: Mayat Bayi lelaki di jumpai Dekat Surau Al-Falaq

9/09/2012 10:44:00 am

Salam pagi

Apa nak jadi dah dengan manusia zaman sekarang ni. Kes2 buang bayi selalu sangat Abe dengar kebelakangan ni. Korang semua pun mungkin setuju jugak dengan Abe kot, hurmmmm. Pagi ni, terkejut Abe bila baca artikel pasal ni... Sedia berbaur kesal Abe rasa... Sedih sangat bila terbaca yang mayat bayi lelaki yang sudah mula reput di beberapa bahagian badan telah ditemui dalam sebuah beg pakaian dekat Surau Al-Falaq, Danau Kota, Setapak di sini, kelmarin. Kalau menurut maklumat, mayat bayi tersebut ditemui kira-kira jam 9 pagi oleh pelajar wanita sebuah kolej Islam ketika ke surau bagi menyertai aktiviti gotong-royong.
Bila Abe google, Kata Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, anggota polis turut menemui sekeping nota yang ditulis dalam bahasa Melayu serta tulisan Jawi. “Nota itu menyebut ‘Nama saya Mintah, tolong pengurus masjid tolong urus bayi ini’. Baik tak payah tulis nota, tak guna pun... Nasik sudah jadi bubur. Masa nak buat maksiat, tak fikir pun akibatnya. Ni tak pasal2, bayi yang tak berdosa jadi MANGSA, NAUZUBILLAH...
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Maklumat lain yang dapat Abe google, katanya “Selain itu, sepasang baju kurung kuning, lampin serta seluar panjang warna hitam juga ditemui dalam beg tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini. Zakaria berkata, berdasarkan keadaan mayat, polis percaya bayi tersebut berusia 7 hari dan meninggal dunia 2 hari lepas.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi dibedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya menghubungi balai polis berhampiran.

You Might Also Like

4 comments

  1. wsalam pg..astaghfirullah..ad lg y x sedr2 diri..Nauzubillahminzalik..byi y x berdosa mnjd mgsa hwa nfsu y serakh..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah..kesiannyerrrr.sedih campur grrammm

    ReplyDelete
  3. hmmm susah nak ckp skrg ni... macam2 lah org sanggup buat... hilang nilai berperikemanusiaan.

    ReplyDelete
  4. kompom bayi mlm tahun baru menjelang 2012,,

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad