10 Jenis ORANG ISLAM Yang KEJAM
10/13/2012 01:36:00 am
Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman" ialah:
1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin yang lain.
2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
4. Seorang yang berjalan melalui kawasan perkuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur. 5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa jiran tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.
Published with Blogger-droid v2.0.9
3 comments
seorang yang suka[hobi]memelihara binatang saperti kucing,burong dan sebagainya tapi jiranya melalui kehidupan yang tidak selesa dengan taik kucing yang datang melabur kerumah jiranya.
ReplyDeletehmmmm.. thx for sharing abe...
ReplyDeleteTanpa sedar, mungkin kita salah seorang daripda di atas...
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"