AKIBAT ZINA: Bungkusan Disangka Sampah Rupanya MAYAT BAYI
10/11/2012 01:05:00 pm
Marah betul Abe pagi ni... Sedangkan haiwan sayangkan anaknya tapi kita manusia yang dikurniakan akal dan menjadi khalifah di muka bumi boleh berfikir pendek. Sebenarnya jika tak mahu bayi ni apa salahnya hantar saja di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Biaq depa cari mak bapak angkat kat anak yang tak berdosa ni. Mungkin yang buang ni dah hilang pedoman tapi apa mengapa perlu buang bayi yang tak berdosa ni dan mengambil nyawa anak kandung darah daging sendiri? Pandai seks dengan pasangan tak ingat HARAM HALAL. Tahukah berdosa besar seks sebelum nikah iaitu berZINA? Buat oral seks pun dikira Bunga2 ZINA. Kepada wanita2 jangan senang2 serahkan diri kamu sebelum nikah dan kepada lelaki tahanlah nafsu godaan wanita.
ALOR SETAR: “Saya ingatkan bungkusan sampah, mujur saya tidak membuangnya kerana beg kertas itu agak berat. Saya tergerak hati melihat kandungannya sebelum terkejut mendapati ada mayat bayi lelaki yang cukup sifat,” kata Ishak Chik, 54, siak Masjid Ar-Rahman, Alor Merah, di sini, yang menemui mayat bayi berkenaan, kelmarin. Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Ishak dikatakan mahu menutup pintu pagar tepi masjid berkenaan dan terkejut melihat bungkusan beg kertas mengandungi mayat bayi lelaki masih bertali pusat dibalut dengan kain putih diletakkan di lantai antara pintu bilik air wanita dan kolam mengambil wuduk.
Difahamkan, suspek yang meletakkan beg itu mengambil peluang ketika penduduk menunaikan solat Isyak sebelum melarikan diri. Ishak berkata, dia yang baru selesai solat bersama jemaah lain mahu menutup pintu pagar tepi masjid seperti kebiasaannya sebelum ini.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
“Saya terkejut selepas melihat satu bungkusan mengandungi mayat bayi lelaki dalam beg kertas yang mulanya disangkakan sampah. Mujur saya tidak terus membuang, sebaliknya tergerak untuk membuka dan melihat kandungannya,” katanya ketika ditemui di masjid itu, di sini, kelmarin. Katanya, dia kemudian memaklumkan kepada imam serta ahli kariah lain sebelum membuat laporan di Pondok Polis Alor Merah, di sini.
“Anggota badan bayi itu kelihatan bersih dan tiada tompokan darah,” katanya sambil memberitahu ia kejadian pertama sejak masjid itu dibuka pada 1960. “Hati saya tersentuh sebaik melihat mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat itu. Tindakan mereka yang membuang bayi ini sangat kejam dan tidak berhati perut,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 10 malam sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.
Mayat bayi itu yang dipercayai dilahirkan beberapa hari lalu ditinggalkan tanpa sebarang nota atau dokumen. “Apabila dibelek terdapat satu bungkusan kain putih. Saya kemudian menyelak kain dan terkejut apabila ternampak muka bayi lelaki yang cukup sifat,” katanya ketika ditemui di masjid berkenaan, di sini, kelmarin. “Mayat bayi itu cukup sifat, masih bertali pusat dan berkulit sawo matang dipercayai beragama Islam kerana kemungkinan pihak yang membuangnya mahu ia diuruskan dengan baik,” katanya.
1 comments
Huh... my goodness , cruel nya!!!!
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"