EKSKLUSIF: 3 Madu SYOR Calon ISTERI Ke-4 Untuk Suami Bagi MELENGKAPKAN KOUTA
10/28/2012 02:45:00 pm
KUALA TERENGGANU: Terbiasa berkongsi kasih berempat, pemergian madu
tua ke rahmatullah tahun lalu membuatkan tiga isteri seorang ahli
perniagaan sanggup membuka jalan kepada suami mereka untuk menerima
seorang lagi wanita bagi melengkapkan kuota poligami. Mendedahkan rahsia itu, ketiga-tiga madu terbabit memberitahu, mereka
sudah meluahkan rasa hati kepada suami, Ariffin Mohamad, 66, dengan
mencalonkan adik angkat mereka, Zunaidah Chua Abdullah, 37, yang kini
tinggal bersama untuk mendalami agama, sebagai isteri keempat.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
“Bagaimanapun,
abang Ariff tidak menunjukkan minat, mungkin kerana dia masih
terkenangkan arwah kakak (isteri pertama) tapi memberitahu, biar jodoh
dan takdir menentukan cadangan kami. “Dia beritahu, kalau sudah jodoh, dia akan berkahwin dengan siapa
saja, asalkan kami semua dapat menerimanya. Namun, setakat ini abang
Arif belum menunjukkan minat, mungkin kerana masih terkenangkan arwah
kakak,” kata isteri ketiga, Sulizah Salleh, 54, sambil disokong isteri
kedua, Roslina Soh Abdullah, 56, dan isteri keempat, Wan Akmal Wan Abdul
Rahman, 54, ketika ditemui Metro Ahad di rumah mereka di Kampung
Tebauk, di sini. Meskipun madu pertama Fatimah Abdullah, 61,
meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang, ikatan kasih sayang yang
kukuh ketika hayatnya menyebabkan ketiga-tiga isteri ahli perniagaan itu
tidak pernah berasa kehilangan wanita berkenaan.
“Walaupun
kami kini tinggal bertiga, pada kami, kakak (panggilan kepada arwah madu
pertama) masih bersama dan kami tidak pernah merasai kehilangannya,”
kata Sulizah. Menurutnya, hubungan akrab antara dia dan dua madunya dengan arwah
ketika hayatnya menyebabkan sehingga kini mereka masih merasai arwah ada
bersama walaupun hampir setahun meninggal dunia. “Ketika hayatnya, arwah kakak yang baik dan penyayang dan banyak membantu kami menyesuaikan diri dengan kehidupan bermadu. “Tunjuk ajar yang arwah kakak beri menyebabkan kami tidak pernah
berasa hidup bermadu. Hubungan kami seperti adik-beradik dan kami
menghormatinya sebagai kakak sulung,” katanya.
Sebagai isteri
keempat, Wan Akmal menghormati tiga madunya (kini dua) sebagai kakak
sendiri dan tidak pernah beranggapan mereka berempat berkongsi suami. Malah,
dia mengakui sikap suami yang tegas, bertanggungjawab dan jujur dalam
segala permasalahan menyebabkan semua isteri tidak pernah berasa hati
sesama mereka. “Hubungan kasih sayang dan keakraban ini bukan
hanya pada kami, tapi turut berlaku kepada 17 anak dan menantu kami yang
tidak pernah membezakan antara kami apabila menganggap kami sebagai ibu
kandung mereka. “Abang Arif tidak pernah membawa masalah
kerjanya ke rumah tapi kalau kami melihat dia resah atau termenung,
tiada siapa yang akan ‘menerkamnya’, sebaliknya hanya menunggu dia
menegur dan membelai kami berempat... biasanya dia tidak akan lama
termenung sendirian,” katanya.
Walaupun menyedari kemewahan
dan kesenangan itu penting dalam kehidupan, semua isterinya beranggapan
senjata utama kebahagiaan keluarga mereka ialah hubungan kasih sayang. “Kami
memiliki kasih sayang yang sama, termasuk dengan anak. Itulah rahsia
yang membolehkan kami hidup bahagia selain peranan insan istimewa iaitu
suami yang bertanggungjawab, tegas dan jujur, selain sifatnya yang
periang serta sering membuatkan kami terhibur. “Secara jujur,
kami berasa sepi dan terasa kehilangannya jika suami tiada di rumah
walaupun untuk satu hari kerana urusan kerja,” katanya.
Roslina
mengakui sejak menjadi isteri Ariffin 39 tahun lalu, kehidupannya penuh
bermakna dan tidak menduga hidup bermadu tidak menimbulkan masalah
buatnya dan tidak pernah menyesal bertukar agama. “Arwah kakak
banyak mengajar dan mendidik saya mengenai Islam, termasuk cara
berpakaian dan pergaulan. Kini hidup saya tenang bersama dua ‘adik’ di
bawah satu bumbung,” katanya. Bukan saja bahagia memiliki
keluarga besar yang hidup dalam suasana penuh harmoni, tiga madu
berkenaan turut berasa bangga apabila memiliki anak bijak yang berjaya
dalam pelajaran. Kecemerlangan dalam pendidikan terbukti
apabila sembilan daripada 17 anak Ariffin berjaya ke menara gading.
Empat daripada mereka kini bekerja, manakala lima lagi mengikuti
pengajian di tiga pusat pengajian tinggi dalam negara.
“Syukur,
Allah menganugerahkan mereka otak yang cergas. Kami tidak pernah
mengatur sistem pembelajaran anak seperti menghantar mereka ke kelas
tambahan atau menggaji guru khas di rumah. “Disiplin tinggi
selain patuh dengan peraturan ditentukan bapa mereka menyebabkan anak
tahu apa sepatutnya dilakukan, termasuk belajar dan mengulang kaji
pelajaran. “Selain itu, kami membekalkan anak dengan air
penerang hati dan surah Yasin yang menjadi amalan kami sekeluarga setiap
hari. Alhamdulillah, sehingga kini Allah memakbulkan doa kami,” kata
Roslina. Ketika ditanya sejak bila suami mereka mula menjadi
pelupa dan kerap tersalah memanggil nama isterinya, mereka menjelaskan,
perkara itu berlaku kira-kira setahun lalu, iaitu sejak pemergian arwah
madu pertama.
Bagaimanapun, Ariffin masih sihat dan tegap
serta tidak kelihatan seperti lelaki berusia 66 tahun, mungkin
dipengaruhi faktor pemakanan. Selain tidak menyentuh minuman
sejuk, dia tidak akan makan makanan berminyak atau berlemak. Bukannya
cerewet, Ariffin akan makan apa saja yang dimasak, asalkan ia tidak
menggunakan minyak atau santan yang banyak. Dia juga jarang menjamu
selera di luar, kecuali jika diajak atau sekadar menjaga hati kawan.
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"