EKSKLUSIF: (Gambar) Bukti Kebenaran Seksaan Kubur. Peringatan daripada ALLAH S.W.T
10/20/2012 09:00:00 am
Gambar di atas merupakan mayat seorang pemuda lelaki berumur 18 tahun
yang meninggal dunia di salah sebuah hospital di Oman. Mayat ini digali
semula daripada kuburnya selepas 3 jam dikebumikan di atas permintaan
bapanya. Pemuda ini dikebumikan secara Islam dan pada hari yang sama
beliau disahkan meninggal dunia oleh para doktor. Walaubagaimanapun,
timbul keraguan pada bapanya tentang kesahihan punca kematian anaknya
dan ingin membuat pengesahan semula. Sanak saudara dan rakan-rakannya
terkejut setelah melihat mayat pemuda ini.
lagi gambar & baca lagi, Klik TAJUK ENTRI ni
Pemuda ini kelihatan berubah sepenuhnya dalam tempoh hanya selepas tiga jam dikebumikan. Kulitnya bertukar menjadi kelabu seperti orang yang sangat tua, beserta beberapa kesan penderaan dan pukulan, dengan tulang-tulang tangan dan kaki yang telah patah, tulang-tulang rusuknya pecah dan menekan ke arah dalam badannya. Keseluruhan tubuh dan mukanya telah cedera. Matanya yang terbuka menggambarkan ketakutan dan kesakitan yang amat sangat. Kesan-kesan darah pada mayatnya menunjukkan seolah-olah beliau baru menjalani beberapa siksaan. Setelah merujuk mayat pemuda itu kepada beberapa orang saintis Islam, mereka bersetuju bahawa kaitan yang terdekat tentang kejadian ini adalah tentang siksaan kubur yang dijanjikan oleh Allah swt yang telah diingatkan melalui hadis-hadis Rasulullah saw.
Bapanya yang juga terkejut dengan kejadian itu mengakui bahawa anaknya berakhlak buruk, meninggalkan solat, menjalani kehidupan sosial yang bebas dan melakukan pelbagai jenis dosa. Setiap manusia yang mati pasti akan menjalani soal jawab di dalam kubur kecuali mereka yang Syahid pada jalan Allah swt seperti terkorban ketika menegakkan agama Islam. Ini merupakan ujian awal yang akan dilalui oleh setiap manusia sebelum Hari Kiamat.
Published with Blogger-droid v2.0.9
5 comments
subhanallah...
ReplyDeleteTakutnya..
ReplyDeletesubhanallah...
ReplyDeletekalo xsilap gambar ni pernah di upload blogger lain 7/8 bulan lalu. tp katanya kisah ni di indonesia. ape2 pn kita jadikan iktibar, bahawa janji Allah itu BENAR..tk..satu peringatan utk kita semua
ReplyDeletemoga jd peringatan u kita y hidup..
ReplyDeletebyklah bt amalan..tinggalkan dosa
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"