HAJI & HAJJAH: Bersihkanlah Hati Termasuk Ketika Nak Hadapi Pilihanraya
10/07/2012 05:35:00 pm
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." -
Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
Lama dah Abe tak menulis sendiri macam ni. Tetiba jah petang ni terasa pulok Abe nak berkongsi sikit dengan korang semua. Loni ini musim haji, sudah ramai jemaah termasuk
saudara mara kita berangkat ke Tanah Suci. Ritu Abe adalah jugak gi ke Tabung Haji Kelana Jaya hantar sorang Sahabat, sayu je Abe tengok dia. Bilalah pulak Abe akan dapat peluang macam dia... Tadi Abe adalah baca dalam 'paper', dalam 'paper' gitau, jika berpandukan kuota satu
peratus daripada jumlah penduduk sesebuah negara, ada 28,000 jemaah haji
dari Malaysia.
Boleh dikatakan semua orang menunaikan Rukun Islam kelima berharap
mendapat haji mabrur (kecualilah mereka yang pergi dengan ada niat lain)
yang balasannya tiada lain, kecuali syurga. Abu Hurairah menyatakan
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Dosa yang berlaku di antara
dua umrah adalah dihapuskan dan tidak ada balasan bagi haji mabrur (haji
yang diterima) melainkan syurga.” (Bukhari dan Muslim)
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Haji dan hajah yang baru kembali dari Tanah Suci, jika amalannya
diterima, berkeadaan bersih sebersihnya. Macam bayi, suci. Namun haji
yang mabrur itu bukan bermakna kepatuhan seseorang kepada semua perintah
dan larangan Allah SWT berakhir sebaik saja meninggalkan Tanah Suci,
sebaliknya perlu dikekalkan sepanjang hayat. Kata ulama, jika mahu tahu sama ada seseorang itu mendapat haji mabrur
atau tidak, lihat kepada amalannya selepas bergelar haji dan hajah.
Korang sendiri boleh membuat penilaian terhadap seseorang insan
bergelar haji dan hajah di persekitaran masing-masing; benarlah
kebanyakannya dihormati dan disegani sepanjang hayat tetapi biasalah
adalah seorang dua bergelar ‘Haji Bakhil’, ‘Haji Sangkut’ ‘Pak Haji
Penipu’ ‘Pak Haji Gila Kuasa’, ‘Hajah Murai’, ‘Hajah Dedah Aurat’,
‘Hajah Si *****’ dan sebagainya. Dan biasalah, ada haji dan
hajah yang marah jika ada orang tidak memanggil atau menulis pada
pangkal namanya dengan gelaran istimewa itu.
Seorang haji atau hajah adalah ibarat utusan kebenaran, dia menegakkan
yang hak dan menentang kebatilan. Hak tertinggi adalah mengakui keesaan
Allah SWT dan mengharungi kehidupan berdasarkan pengakuannya dalam solat
“hidup dan matiku hanya untuk Allah Tuhan seru sekalian alam.” Dia tahu
dia menghadapi dosa dan pahala dalam setiap perlakuannya.
Misalnya, menolong orang dengan niat betul, mendapat pahala. Jadi dia
akan terus membantu sesama manusia, membantu anjing kehausan pun
diganjari syurga Allah SWT seperti mana dinyatakan dalam sebuah hadis.
Melakukan fitnah, mendatangkan dosa besar, jadi dia menjauhkannya.
Bayangkan, alangkah jijiknya seorang haji atau hajah membuat fitnah
misalnya mendakwa seseorang itu berbuat perkara keji malah bersumpah
pula di masjid sedangkan dia tidak pun menyaksikannya.
Sebagai pejuang kebenaran haji dan hajah wajib menyatakan yang hak dan
batil dalam semua aspek kehidupan termasuklah ketika menghadapi pilihan
raya. Jika benar, katakan benar, jika salah katakan salah; jangan
berselindung lagi kerana “tidak malukah kita dengan apa yang sudah kita
ucapkan (berdoa) kepada Tuhan ketika kita munajat di depan Kaabah, di
Arafah, Mina dan Mudzalifah.”
Antara rintihan jemaah haji: “...Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu
daripada MENZALIMI dan dizalimi, menyerang atau diserang atau membuat
kesalahan dan dosa yang tidak Engkau ampunkan...Ya Allah, aku berlindung
dengan-Mu daripada keras hati, kelalaian, kehinaan dan kemiskinan. Aku
juga berlindung dengan-Mu daripada kekufuran, kefasikan, pepecahan,
cinta kepada kemasyhuran dan riyak...”
Jadi selepas bergelar haji dan hajah, masih tergamakkah kita berbuat
perkara tidak elok malah menyalahi hukum agama. Tidak payahlah
dinyatakan perkara berat-berat; ambil yang mudah saja, misalnya
bersalaman lelaki perempuan bukan mahram.
Ewahh...dengan selamba saja kita melakukannya sedangkan Nabi yang kita
cintai itu (sekarang orang cukup marah dengan filem ‘Innocence of
Muslims’) tidak pernah berbuat begitu malah ada bersabda yang maksudnya:
“Bahawa sesungguhnya adalah lebih baik seorang lelaki untuk bergeseran
dengan khinzir yang berlumuran dengan tanah atau lumpur daripada dia
menggeserkan bahunya dengan bahu seorang wanita yang tidak halal
baginya." (Daripada Abi Umamah)
1 comments
perkara paling utama ialah kita perlu bersihkan hati kita... bila hati dh bersih dan suci. insyaallah segalanya baik2 belaka.
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"