Sahabat Que 'Silent Readers'

HIDUP Untuk MEMBERI

10/15/2012 07:59:00 pm


Terkadang ada kalanya kehadiran kita di samping orang sekeliling tidak dihargai. Hinggalah salah seorang daripadanya terlebih dahulu melangkah pergi. Walau hanya dengan beberapa pemberian yang sangat kecil pernah diperolehi. Namun itulah yang terus dihargai dan diingati. Inilah lumrah sifatnya manusia yang jarang menghargai apa yang ada di sisi.

Pada Abe, ERTI HIDUP DENGAN MEMBERI walau mungkin nampak pada mulanya tidak dihargai, lambat laun pasti ia akan meninggalkan kesan pada hati, sanubari dan diri seseorang. Ada pepatah pernah menyebut: Jadilah seperti pokok, Walau dilontar dengan tahi, Namun ia tetap memberikan buah dan kebaikan pada hidupan sekeliling. Ramai yang akan mempersoalkan tentang apakah sumbangan korang pada yang lain. Sama ada sumbangan pada orang perseorangan, kepimpinan atau pun persatuan. Namun acap kali inilah yang menjadi persoalan dan bualan orang. 

Sedarkah kita??
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Sebelum kita melontarkan persoalan sedemikian.. Cubalah lontarkan :"APAKAH SUMBANGAN TELAH AKU BERIKAN PADA ORANG YANG LAIN?"

"jangan asyik menuding jari untuk membilang sumbangan orang pada kita, tapi hitunglah dengan jari sendiri apakah sumbangan kita pada orang?"

ERTI HIDUP dengan memberi harus diteladani. Walaupun mungkin pada mulanya ia tidak dihargai. Sabda Rasulallah SAW yang bermaksud:

"Tangan yang menghulur adalah lebih baik daripada tangan yang menerima"

Sedarlah bahawa tiada apa yang akan kekal abadi. Sebelum kita semua melangkah pergi. Persiapkanlah segala bekalan untuk diri. Kelak kita jangan menyesal di kemudian hari. Semoga HIDUP UNTUK MEMBERI ini dapat menjadi antara salah satu sumbangan kita yang berterusan selepas kita mati. 

Biarlah jasad kita mati pada hari ini, namun segala kebaikan yang kita tinggalkan akan terus memberi kurniaan pahala pada diri kita hingga hari qiamat nanti. Semoga segala pemberian yang pernah diberi akan menjadi salah satu amal jariah kita yang akan berterusan buat diri sendiri lebih-lebih lagi.

Published with Blogger-droid v2.0.9

You Might Also Like

5 comments

  1. "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain" H.R. Bukhari

    ReplyDelete
  2. Ye, betul tu. Untuk menerima kita kena lah belajar untuk memberi..
    ~Orang yang berjaya ialah orang yg menambah nilai pada hidup org lain..

    Terasa lama sgt tak singgah sini jenguk Abe,

    ReplyDelete
  3. leeza kalau makan di kedai mmg selalu tak hbs. so mmg selalu bg pun.

    ReplyDelete
  4. ada org ckp dgn leeza, bila kita bela kucing, bg makan kat kucing, dia akan mendoakan kita.

    ReplyDelete
  5. hmmm...betul tu...
    memberi lebih baik dpd menerima..=)

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad