Tak mampu Abe nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceitakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Bukit Kuin Kuantan sikit masa dulu. Sekitar awal 90an, seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan, dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria. Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.
Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati. Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya. Dia seorang yang nakal dan liar. Tidak mengerjakan solat dan berpuasa. Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa, lelaki itu sedang tidur. Dia tak mahu pergi ke pasar. Berulang kali disuruh sang ibu, dia tetap berdegil. Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada si ibu yang terus memaksa, dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas, dibelinya daging untuk ibunya memasak.
baca lagi Kisah Menyayat Hati ni, Kik TAJUK ENTRI ni
Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu. Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz. Tiba-tiba dia menangis lagi.Meraung bagaikan dirasuk syaitan.Dalam sedu tangisnya dia bertanya ,"Ustaz tahu daging apa yang saya beli?",Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu. "Daging apa?" tanya ustaz kembali. "Saya beli daging babi ustaz!, saya berdosa Ustaz" jawab pemuda itu. Ustaz tergaman tidak terkata. ”Masya Allah” hanya itu saja yang mampu diungkapkan.
Lelaki 30 an meneruskan cerita. ”Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa” ceritanya lagi. ”Saya bagi tau ibu, saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup. Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor”. ”Ya Allah besarnya dosa saya ustaz”. Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia. Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat. Tetapi setiap kali tibanya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan, pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular.
Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa-dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini. Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali. Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi. Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi bahawa malaikat berdoa, laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua. Dua orang ibu bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja.
Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua. Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran.
Published with Blogger-droid v2.0.9
aamin,,, semoga taubatnya diangkat ~
ReplyDeletesedihnya~ semoga kita ambil pengajaran daripada kisah ini.
ReplyDeletenauzubillahiminalzalik ...
ReplyDeletemoga kita terpelihara daripada menjadi anak2 yang tidak mengenang jasa kedua ibu bapa kita ...
amin
kenapa ustaz tu ucapkan masyaallah, dia sepatutnya ucapkan astagfirullahalazim.... betul tak
ReplyDeleteSya juga menjadi mushkil dgn ucapan ustaz yg berkenaan....mengapa tidak astaghfirullahalazim?
Deletekisah bohong, mmg mcm tu
Deletehttp://bit.ly/1nKPIje - boodohh betoi laaaa................
ReplyDelete