Sahabat Que 'Silent Readers'

MESTI BACA: Jangan PUTUS Sahabat !!!

10/17/2012 05:37:00 pm

Biar tidak ada wang, jangan tidak ada sahabat. Biar kehabisan wang, jangan kehabisan sahabat, Biar putus wang, jangan putus sahabat. Sahabat adalah barang yang paling berharga daripada ringgit, dinar dan dirham ataupun barangan berharga lain.

Persahabatan yang diikat antara satu sama lain, hampir-hampir serupa seperti tali hubungan perkahwinan. Ia mengikat perasaan, mengikat fikiran, mengikat masalah, mengikat kebahagiaan hingga dirasakan semua itu adalah milik bersama.

Persahabatan yang sebenar-benarnya adalah yang dapat merasai susah sama-sama susah dan senang sama-sama senang, menang sama-sama menang, kalah sama-sama kalah, pahit-sama-sama pahit dan manis sama-sama manis. Inilah persahabatan yang sejati yang datang dari lubuk hati, yang tumbuh dari hati yang murni.

*Abe ada seorang Sahabat, sahabat sejati yang bakal pergi.... 

Selamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Published with Blogger-droid v2.0.9

You Might Also Like

4 comments

  1. Betul, jangan putus sahabat...
    Semoga sahabat2 di luar sentiasa dilindungi..... =D

    ReplyDelete
  2. Betul tu.
    tapi ada satu persoalan.
    kalo kawan makan kawan memang tak layak sbg kawan. kalo mintak tolong kawan utk kepentingan dia pun takbleh gak. Kawan kat facebook tu., taktau nak kata apa.

    ReplyDelete
  3. Huuu... Sy sedang melalui proses kehilangan kwn?!

    ReplyDelete
  4. Siapa gerangan yang ingin pergi itu. Adakah desas desus ke Sabah itu benar belaka. Kalu begitu I want to follow him...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad