Persahabatan itu indah... Lebih indah jika disulami keihklasan, kejujuran dan kepercayaan... Kadang-kadang kita terleka... Kita tidak sedar akan kehadiran orang yang benar-benar menjadi SAHABAT kita.... Sedangkan orang itu berada di hadapan kita... Dia tempat kita mengadu... Dia tempat kita memerlukan semangat... Dia tempat kita bergelak ketawa...
Dia mengenali diri kita lebih dari orang lain...Tapi, kita cuai!!! Melepaskan Dia pergi... Tanpa kita sedar diri sendiri yang terseksa akan kehilangannya... Tiada lagi tempat berkongsi segalanya.... Tanpa sedar, kita telah melukakan hatinya... Dia pergi tanpa khabar berita... Hilang tanpa suara.... Adakah hatinya benar-benar terluka dengan sikap kita??? Diri ini ingin menjadi seperti kamu... Kuat dan tabah mengharungi dugaan hidup... Tidak menghiraukan segala kutukan mahupun kata-kata fitnah dari orang lain...
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Namun.... Ternyata diri ini tidak mampu dan tidak layak menjadi seperti kamu... Maafkan diri ini andai kamu masih terasa... Tiada niat untuk bersikap demikian terhadap kamu... Setiap kali memikirkan tentang kamu... Air mata ini jatuh menyembah bumi... Mungkin diri ini bodoh kerana terasa disebabkan kamu...
Namun... Kamu SAHABAT sejati yang sukar dicari ganti... Semoga kamu baik-baik sahaja di sana... Dan kejarlah cita-cita yang kamu impikan selama ini... Jaga maruah & Pegangan AGAMAMU. Walau kamu pergi menghilangkan diri.... Kamu tetap dalam ingatan ini... Andai diri ini terjumpa kamu suatu hari nanti... Biarlah hanya melihat kamu dari jauh...
Terima kasih SAHABAT...!!!
~Sahabat yang baik umpama permata bersinar anugerah dariNya. Hargailah ia...~
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.....
Published with Blogger-droid v2.0.9
Susah nak cari sahabat sebenar didunia skarang ni...ada pun bersebab baru bersahabt...hmmmm
ReplyDeleteBersahabat perlukan kefahaman Islam, kita bersahabat kerana Allah, bertemu n berpisah kerana Allah, buruknya kita telan, baiknya kita bg kat org...e2 erti kata sahabat mahupun kawan...maqam tertinggi bersahabat adalah itsar
ReplyDelete