ISTERI Salman (kiri) ditahan bersama kekasihnya dan seorang wanita lain (kanan) di sebuah pangsapuri di Melaka pada Ahad lalu.
MELAKA – Suami keluar mencari
rezeki, isteri pula bermain cinta dengan lelaki lain. Itulah nasib
seorang kontraktor yang terkedu apabila mendapati isterinya menjalin
hubungan sulit ketika dia bekerja. Lebih mengecewakan, suami tersebut
berjaya menghidu kecurangan isterinya apabila terdengar wanita itu
bergurau senda dengan ‘kekasih gelapnya’ di pangsapuri mereka di Ayer
Keroh di sini Ahad lalu.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Suami malang itu yang hanya mahu
dikenali sebagai Salman, 36, berkata, geram dengan kejadian berkenaan,
dia bergegas ke ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan meminta
penguat kuasa jabatan itu menangkap isterinya dan lelaki terbabit. Cerita Salman, semuanya terbongkar
apabila dia yang tertinggal pengecas bateri telefon bimbit, berpatah
balik ke rumahnya pada pukul 10 malam untuk mengambil alat tersebut.
Salman yang keluar bekerja pukul 8 pagi
hari yang sama sempat memberitahu isterinya yang berusia 24 tahun itu
bahawa dia akan pulang lewat kerana bertugas di luar kawasan. “Apabila tiba di rumah, saya terperanjat
apabila terdengar suara isteri saya ketawa bersama seorang lelaki
seolah-olah sedang bermesra,” katanya di sini semalam.
kenapalah jadi begini.....
ReplyDelete:::sorry beberapa tak singgah sini, ada exam :::
Alhamdulillah .. mujur dia bertindak rasional .. dan atas bantuan pantas Pej.Agama juga
ReplyDeleteHmm... didikan agama kena cukup.
ReplyDelete