ALOR SETAR: Seorang bayi lelaki berusia 30 hari yang belum sempat
didaftarkan nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), meninggal dunia
selepas dipercayai dihempap abangnya ketika mangsa tidur di rumah
keluarganya, di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa yang mengalami
lebam di pipi, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan
mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan di Jalan Putra, di sini. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, untuk urusan lanjut.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Difahamkan, abang bayi berkenaan yang berumur lima tahun, dikatakan
nyenyak tidur di atas katil sebelum terjatuh lalu menghempap badan
adiknya yang tidur di tepi katil.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md
Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, keluarga
mangsa sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota
Setar, kira-kira jam 11 pagi semalam.
hm...kesian kat bayi tu kesian kat budak 5 tahun tu...bukan sengaja kan...
ReplyDelete