Sunday, 7 October 2012

SERAM: Hantu Perempuan Dengan Bayinya...

Biasa kita dengar cerita seorang wanita perempuan menumpang kereta di waktu malam di jalan-jalan yang sunyi.. Mendukung seorang bayi. Biasanya menumpang ke tanah perkuburan. Yang biasa berlaku, bayi yang didukungnya adalah sekeping batu nisan. Kalau dalam kes teksi, duit tambang yang dibayarnya adalah kepingan daun kering. Kemudian untuk kes-kes yang lebih menyeramkan perempuan yang menumpang kereta ini akan mengilai sehingga menyebabkan kemalangan. Ada juga cerita yang didengar di mana bayi tersebut ditinggalkan di dalam kereta, dan apabila diperiksa ia sebenarnya batu nisan yang berlumuran darah!
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Kata orang, hantu ini biasanya menumpang kenderaan daripada kawasan kemalangan hingga ke tanah perkuburan yang terdekat.

Mengikut sesetengah orang, sebelum perkara ini berlaku, terdapat beberapa tanda-tanda yang menunjukkan sesuatu akan berlaku. Biasanya suhu akan turun secara mendadak. Jadi seram sejuk. Jalanraya yang dilalui tiba-tiba menjadi sunyi (tidak berselisih dengan kereta langsung). Siaran radio terganggu.

So, kepada yang nak balik kampung beraya haji tu, hati-hatilah kalau jalan yang dilalui tiba-tiba menjadi semacam dia punya sunyi. Dan kepada penumpang pulak, dalam pemanduan di waktu malam, kalau korang rasa nak renung ke luar tingkap kereta, jangan berbuat demikian. Sebab entiti tersebut yang memanggil korang untuk melihat diorang. Korang mungkin bakal terlihat sesuatu yang tidak dapat anda lupakan seumur hidup.

Akan datang Abe akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai gangguan-gangguan makhluk halus di jalanraya.

5 comments:

  1. siap ada pesanan lagi tu......

    ReplyDelete
  2. Hehehehhehehe, sesekali je Leeza :P

    ReplyDelete
  3. wah... yng part last tu betul..memang kalau ada benda tu akan rasa macam nak pandang arah yang ada hantu..pastu nampak...begitu la kisah macam mana sy nampak pocong....

    ReplyDelete
  4. Tulah knp hantu2 ni x cari perempuan yg buang dan bunuh bayinya..Cari jugak bapak yg empunya bayi tu !!...Ni je cara nak insafkan diorang ni..Hukum Allah SWT tak takut langsung tp hantu mrk pasti takut punya!!

    ReplyDelete
  5. salam,
    personally den penah kena dulu entiti duk di belakang tempat penumpang sewaktu pulang dari pontian ke J.b ikut jalan lama sekitar jam 1 pagi. naik keta sensorang sekitar tahun 1998.. jalan lama kangkar pulai memang sunyi...siap kena lalu ulu choh kawasan jirat cina lagi... .. pukul 1 pagi memang kenderaan sangat kurang dan leh speeding :) ....sewaktu lalu di kebun sawit sekitar empangan kangkar pulai... tetiba terasa seram sejuk... walhal x terpikir apa apa pun pasal antu sebelum tu... tingkap bukak sket tengah isap rokok ... radio pun agak kuat ( tgh layan lagu megadeth masa tu- train on consequences)..

    tetiba bulu roma meremang ... bulu belakang tengkok pun naik gak... (meremang jap bila teringat kisah tu).. tengkok rasa seolah olah macam lembek plak... tak tau kenapa tetiba jadi macam tu masa bawak keta... then tengok lah center mirror untuk tengok apa ada kt belakang.... MasyaAllah!!!!! ... terperanjatnye bila terlihat dlm samar samar kegelapan ada susuk entiti seperti wanita bertelekong putih dan tidak memiliki muka... hanya kosong je dlm telekong tu...duduk kat seat penumpang blakang plak tuh...eeeeeeeiiii...

    Den pun terperanjat beghuk... panic tak tau nak buat apa...lupa segala galanya.. tapi cuba tenangkan diri ... tekan minyak sampai 140km sejam... bukak tingkap besar besar... supaya bunyi bising angin yg masuk tu akan buat kita lupa jap... tapi.. heran dah beberapa kilo bawak keta ... bulu roma masih meremang dan entiti tu masih nampak kat cermin dok kat belakang... huhu...

    akhirnya bila start jalan dua lane kat area tmn seri pulai dan lampu jalan dah start ada... benda tu pun ilang dan bulu x meremang lagi... Al hamdulillah... selamat...
    betullah kata org tua tua .. entiti ni duduk antara dua persempadanan... gelap dan terang... siang ke malam... air dan daratan...

    menyesal lawan ckp arwah nenek... dia x kasi balik j.b malam tu ... dia suruh tido di pontian je tunggu esok pagi baru balik j.b... tapi biasalah zaman muda dulu... kita rebel... degil dan keras kepala... suka melawan dan memberontak... memang nature org muda :)
    moral of the story.. jangan melawan ckp dan nasihat org tua tua... sebelum naik kenderaan ... ikutlah sunnah... baca doa dan mohon perlindungan dengan Allah S.W.T
    sepanjang mengamalkan amalan tu... x pernah saya diganggu lagi sehingga skrang Alhamdulillah...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"