CHUKAI: Seorang ibu berusia 45 tahun ditahan bersama anak lelakinya berumur 29 tahun ketika masing-masing berkongsi dadah dalam sebuah bilik di rumah mereka di Jalan Cheteng, Kampung Tengah, Kijal, dekat sini, kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 12.05 tengah malam, polis turut menahan seorang lagi anak lelaki wanita terbabit berusia 24 tahun yang berada di bilik berasingan dalam keadaan khayal dipercayai baru melepaskan gian.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Tangkapan terhadap tiga beranak terbabit dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman yang melakukan serbuan susulan maklumat penduduk kampung mendakwa rumah terbabit menjadi ‘port’ penagih dadah di kampung itu.
Wanita terbabit mendakwa baru pulang ke rumah dan masuk ke bilik berkenaan kononnya untuk melihat sama ada dua anaknya berada di rumah atau tidak. Dia juga mendakwa tidak mengambil dadah.
“Bagaimanapun, ujian air kencing terhadap wanita terbabit dan dua anaknya mendapati mereka positif methamphetamine sebelum ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.
hMetro
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"