KENINGAU: Seorang wanita nyaris putus tangan kiri akibat ditetak dengan kapak apabila cuba mempertahankan beg tangan dibawanya daripada diragut penjenayah di sebuah pasar raya di sini, kelmarin.
Sebelum kejadian, mangsa berusia 30-an dikatakan mengunjungi sebuah pasar raya sebelum didatangi seorang suspek dari belakang dipercayai warga asing, kira-kira jam 6 petang. Sumber berkata, suspek menarik beg tangan itu menyebabkan mangsa terkejut dan cuba menghalang.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
“Mangsa yang tidak menyedari suspek membawa senjata cuba melawan selain menggenggam erat beg tangannya. Lelaki terbabit yang berang mengeluarkan kapak lalu menetak lengan wanita itu menyebabkan mangsa rebah,” katanya.
Abe baca artikel ni dalam Harian Metro tadi.
Baru je kemarin mak saya kol dari keningau. Suruh berhati2 masa keluar kat bandar tawau....werrrr seblum ni keningau okey je...mungkin sebab semakin banyak pilak(PTI) kot...kalau keluar pi keningau dulu semuanya bukan orang kita.Eishh kacau...
ReplyDelete