Georgetown : Ketika umat Islam bersiap-siap untuk
menunaikan solat Jumaat, seorang remaja lelaki 16 tahun bersama
pasangannya yang berusia 17 tahun, asyik memadu asmara di bilik tidur
rumah gadis berkenaan di Kepala Batas dekat sini, Jumaat lalu.
Remaja perempuan itu mengambil kesempatan ketiadaan bapanya yang
keluar bekerja untuk membawa teman lelakinya masuk ke dalam rumah.
Difahamkan, gadis berkenaan kerap membawa teman lelakinya itu ke
rumah, namun kejadian Jumaat lalu, mereka dicekup sepasukan pegawai
penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam
12:15 tengah hari.
Ketika dicekup, kedua-duanya yang ponteng sekolah, mengaku baru
selesai melakukan hubungan seks dan pemeriksaan mendapati remaja lelaki
itu hanya memakai seluar pendek tanpa seluar dalam.
Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, hasil
maklumat awam pihaknya melakukan pemeriksaan di rumah berkenaa dan
menemui seluar sekolah lelaki itu dalam bakul di bilik gadis berkenaan.
“Melalui siasatan, remaja perempuan itu mengaku mengambil teman
lelakinya di Teluk Air Tawar dan membawa ke rumah ketika ketiadaan
bapanya.
“Dia turuk mengaku sudah dua tahun menjalin hubungan dengan lelaki itu dan kerap melakukan hubungan seks,” katanya.
Khairul Azman berkata, mereka ditahan kerana tidak mempunyai hubungan
mahram yang sah dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 (a) (b)
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 yang sabit
kesalahan boleh didenda RM 3,000 atau dua tahun penjara atau
kedua-duanya. – Informasi Dot My
haishh... kecik2 da wat seks nnt dah kawin x rasa apa..ahahaha.... eh!
ReplyDeleteapa nak jadi dgn budak sekolah ni.. best sangat ke buat seks haram? macam ni ke generasi yg bakal jadi pemimpin, memimpin negara kita? sedih, sedih..
ReplyDeletebila dah tak dak rasa malu cam tu la
ReplyDeleteAstaghfirullah....nikmatnya sekejap cuma,diindahkan syaitan laknatullah.bertaubatlah semoga Allah menampuni dosa2 kamu .
ReplyDelete