TERKINI: Ular Sawa Sepanjang 3 Meter DITANGKAP Di Bawah KONTENA
10/26/2012 06:53:00 pm
KUALA LUMPUR: Seekor ular sawa sepanjang tiga meter ditemui di bawah
sebuah kontena di Jalan Khatib Koyan, Kampung Baru, di sini, Isnin lalu. Reptilia berkenaan ditemui penduduk sebelum menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Penduduk, Rohany Mohd Darus, 71, berkata, sebelum ini haiwan liar
seperti ular jarang dilihat di kawasan itu, bagaimanapun sejak beberapa
projek pembangunan termasuk lebuh raya dibina di situ, haiwan berkenaan
dipercayai cuba mencari perlindungan di kawasan kampung.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
“Anak saya pernah tangkap tiga ular sawa dan digigit ketika cuba
melawan reptilia itu,” katanya. Seorang lagi penduduk, Umar Hamid,
75, berkata, sejak kawasan itu didatangi spesis ular berkenaan, rumahnya
tidak lagi diganggu tikus. “Mungkin ular itu lari dari
kawasan pembangunan dan mula ‘berkampung’ di sini kerana saya dapat
lihat kesan lubang yang banyak di sepanjang tebing Sungai Bunus,”
katanya ditemui semalam.
Pengerusi Jiran Wanita Rukun
Tetangga Hujung Pasir, Maizan Ariff berkata, dia sering menerima aduan
penduduk dan berpendapat ular terbabit bersarang di rumah seorang
penduduk di situ. “Kami temui kulit ular sawa di sebuah rumah penduduk namun tidak
dapat melancarkan operasi menangkap ular itu bersama JPAM kerana pemilik
tiada.
“Isnin lalu ular sepanjang tiga meter ditangkap di
bawah kontena dan kejadian ini menyebabkan kami berasa tidak selamat
kerana kawasan ini ramai kanak-kanak dan warga emas,” katanya. Sementara itu, Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi
JPAM, Kolonel (PA) Mohd Yusoff Samad berkata, faktor kebersihan penting
di samping kesedaran awam terhadap haiwan berkenaan.
“Orang ramai perlu bertenang jika terserempak ular dan segera hubungi pihak yang sepatutnya,” katanya.
1 comments
Errkk. Besarnye ular sawa tu
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"