Sahabat Que 'Silent Readers'

Balasan Bagi Orang YANG Melakukan ZINA

11/07/2012 03:04:00 pm


Setiap orang yang berzina itu akan dikenakan  seratus kali sebatan. Akan dikenakan 3 musibah di dunia dan 3 lagi di akhirat.
Di dunia:
  1. Dikurangkan oleh Allah S. W.T rezekinya yang halal.
  2. Dihilangkan keberkatan pada umurnya.
  3. Apabila keluar rohnya daripada jasad terlindung daripada pandangan Allah S.W.T. dan ditunjukkan kepadanya bayangan neraka dan malaikat Zabaniyah.
Di akhirat:
  1. Allah S.W.T memandangnya dengan pandangan yang murka.
  2. Mendapat seksaan yang amat berat.
  3. Akan diseksa dengan rantai api neraka dimana jika diturunkan ke bumi, hancurlah seluruh bumi.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

“Barangsiapa yang mengisi pandangan dengan pandangan yang haram, Allah S.W.T akan mengisi matanya dengan api neraka JAHANAM. Barangsiapa yang berzina dengan seorang perempuan akan dibangkitkan  oleh Allah S.W.T daripada kuburnya dalam keadaan dahaga, telanjang,  menangis duka cita, dan hitam mukanya. Pada lehernya digantung rantai daripada api neraka dan pakaiannya pula daripada percikan api neraka. Terdapat juga ular dan kala jengking yang berlengkar pada kemaluan orang yang berzina. Barangsiapa yang berjabat tangan dengan perempuan yang haram, dia datang pada hari kiamat dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada lehernya rantai api neraka. Jika ia mencium hidung perempuan itu, nescaya bibirnya dan hidung akan digunting oleh malaikat Zabaniyah dengan gunting api neraka.”
Sumber: Buku ‘Peringatan kepada orang yang lalai karya Haji Abdullah bin Abdul Mubin Al-Syafie’

You Might Also Like

2 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad