Cerita SITI MUSLIHA Selepas 17 Tahun
11/15/2012 12:00:00 pm
PADA 17 tahun yg lalu, Siti Musliha Mohd Mustapha telah menawan hati berjuta-juta rakyat Malaysia dengan kebolehannya menyanyi dan menghafal 30 juzuk al-Quran dengan hanya mendengarnya. Kepetahan budak perempuan itu berbicara dalam program Malaysia Hari Ini di TV3 pada tahun 1994 pula membuatkan orang terlupa seketika betapa dia mempunyai banyak kekurangan pada wajahnya.
Pada masa itu, Siti Musliha baru berusia 11 tahun. Setahun kemudian, dia merakamkan album Siti Musliha, diikuti album kedua pada tahun 1996, Mutiara Hati. Siti Musliha dilahirkan tidak sempurna. Anak kelahiran Kajang, Selangor itu tidak mempunyai batang hidung manakala salah satu lubang hidungnya terletak di atas kening.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Untuk membolehkannya menjalani kehidupan yang lebih baik, Siti Musliha, kini berusia 28 tahun, telah menjalani pembedahan wajah sebanyak empat kali di Adelaide, Australia.
Tidak ramai orang yang tahu ke mana menghilangnya Siti Musliha selepas tahun 1997.
Tetapi kata Siti Musliha, dia melalui hari-hari seperti biasa hingga tamat persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur.
Siti Musliha bagaikan dapat merasakan betapa dekat dirinya dengan Tuhan ketika itu. Pada 2 Julai ini, dia dijangka mengadakan persembahan bersama penyanyi M. Nasir pada majlis Makan Malam Kesatria Seni di Melaka. Persembahan itu adalah penampilan sulung Siti Musliha selepas 14 tahun menghilangkan diri. Individu yang bertanggungjawab membawa Siti Musliha ke persada seni dahulu, Hatta Sanie daripada MS Production menyifatkan Siti Musliha yang pertama kali ditemuinya pada tahun 1996 sebagai seorang budak yang bijak.
Kucing
“Siti Musliha petah bercakap. Kita tidak dapat jangka apa yang akan dikatakan olehnya,” katanya. Ketika ditanya ke mana menghilangnya Siti Musliha dalam tempoh yang lama, Hatta berkata, disebabkan tidak lagi merakam album, aktiviti seni Siti Musliha juga terhenti. Bercerita mengenai zaman kanak-kanak Siti Musliha, Hatta menyifatkannya sebagai seorang budak yang pandai bergurau. “Saya ingat lagi jika kami ada tugasan luar, dia sering membawa perakam suara dan merakam suara kami ketika kami tidur atau sedang berbual.
“Apabila kami mendengar semula rakaman tersebut, geli hati kami dibuatnya,” kata Hatta. Tambahnya, jika dia memimpin tangan Siti Musliha menaiki tangga, Hatta akan memberitahunya bilangan anak tangga sebelum menyuruhnya memulakan langkah.
“Dia akan kira semua anak tangga hingga selamat sampai ke atas,” katanya lagi. Selain itu, menurut Hatta, Siti Musliha seorang yang takutkan kucing kerana bulunya.
“Saya pernah bergurau dengan mengambil barang-barang berbulu seakan-akan bulu kucing dan letakkan pada badannya. “Dia pasti menjerit kerana terkejut,” kenang Hatta.
Sumber : KOSMO! Ahad Edisi 08-05-2011 bersamaan 04 Jamadilakhir 1432H
Pada masa itu, Siti Musliha baru berusia 11 tahun. Setahun kemudian, dia merakamkan album Siti Musliha, diikuti album kedua pada tahun 1996, Mutiara Hati. Siti Musliha dilahirkan tidak sempurna. Anak kelahiran Kajang, Selangor itu tidak mempunyai batang hidung manakala salah satu lubang hidungnya terletak di atas kening.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Untuk membolehkannya menjalani kehidupan yang lebih baik, Siti Musliha, kini berusia 28 tahun, telah menjalani pembedahan wajah sebanyak empat kali di Adelaide, Australia.
Umrah
Pembedahan pertama yang dilakukan kira-kira setahun selepas kelahirannya pada 1983. Pembedahan selama 10 jam itu dibuat dari bahagian kulit kepala berdekatan telinga kiri ke telinga kanan. Secebis tulang selangka turut diambil untuk membentuk hidungnya. Selain hidung, pembedahan untuk memisahkan jari tangannya juga dilakukan serentak. Pembedahan kedua berlangsung pada tahun 1988 bagi membetulkan kedudukan mata, mendekatkan jarak mata dan membentuk semula bahagian muka.
Ia disusuli pembedahan membetulkan kedudukan hidung pada tahun 1994 agar dia mudah bernafas. Tulang selangka sebelah kanan Siti Musliha diambil untuk membentuk hidung itu. Pembedahan terakhir pada tahun 1996 juga bertujuan membetulkan kedudukan hidungnya. Bagi Siti Musliha, pembedahan itu merupakan momen yang menyakitkan. “Saya sudah merasa bagaimana sakitnya menjalani pembedahan plastik. Jika diikutkan saya tidak mahu dibedah lagi. “Namun, kalau ada insan yang ikhlas mahu membantu menjalani pembedahan, tidak salah untuk saya menerima,” kata Siti Musliha yang sekarang terpaksa bernafas melalui mulut selepas hidungnya kembali tersumbat berikutan tumbesaran yang dialaminya.
Ia disusuli pembedahan membetulkan kedudukan hidung pada tahun 1994 agar dia mudah bernafas. Tulang selangka sebelah kanan Siti Musliha diambil untuk membentuk hidung itu. Pembedahan terakhir pada tahun 1996 juga bertujuan membetulkan kedudukan hidungnya. Bagi Siti Musliha, pembedahan itu merupakan momen yang menyakitkan. “Saya sudah merasa bagaimana sakitnya menjalani pembedahan plastik. Jika diikutkan saya tidak mahu dibedah lagi. “Namun, kalau ada insan yang ikhlas mahu membantu menjalani pembedahan, tidak salah untuk saya menerima,” kata Siti Musliha yang sekarang terpaksa bernafas melalui mulut selepas hidungnya kembali tersumbat berikutan tumbesaran yang dialaminya.
Tidak ramai orang yang tahu ke mana menghilangnya Siti Musliha selepas tahun 1997.
“Saya penuhi masa di rumah dengan bersolat atau membaca al-Quran. Saya juga menonton program keagamaan di saluran televisyen,” katanya kepada Jurnal. Sesekali Siti Musliha akan keluar menjamu selera di McDonald’s atau pergi makan aiskrim. Kadangkala dia keluar selepas solat Maghrib bersama keluarga untuk menonton wayang tengah malam. Bulan lalu, Siti Musliha mengerjakan umrah bersama ibu bapanya di Tanah Suci Mekah. Ibadat itu menuntut pergerakan yang banyak terutamanya semasa melakukan tawaf dan sai.
Namun, Siti Musliha lebih gembira berjalan kaki daripada menggunakan kerusi roda. Katanya, saat tapak kakinya memijak Masjidil Haram, hatinya tidak putus-putus memanjatkan syukur kerana itulah impiannya selama ini. Dan sekali lagi di hadapan Kaabah, air matanya bercucuran sambil menadah tangan dan berdoa: “Ya Allah ya Tuhanku, aku bermohon kepada-Mu, pulihkan pancainderaku agar aku dapat melihat dengan jelas dan merasai kehebatan ciptaan-Mu di alam ini.”
Namun, Siti Musliha lebih gembira berjalan kaki daripada menggunakan kerusi roda. Katanya, saat tapak kakinya memijak Masjidil Haram, hatinya tidak putus-putus memanjatkan syukur kerana itulah impiannya selama ini. Dan sekali lagi di hadapan Kaabah, air matanya bercucuran sambil menadah tangan dan berdoa: “Ya Allah ya Tuhanku, aku bermohon kepada-Mu, pulihkan pancainderaku agar aku dapat melihat dengan jelas dan merasai kehebatan ciptaan-Mu di alam ini.”
Siti Musliha bagaikan dapat merasakan betapa dekat dirinya dengan Tuhan ketika itu. Pada 2 Julai ini, dia dijangka mengadakan persembahan bersama penyanyi M. Nasir pada majlis Makan Malam Kesatria Seni di Melaka. Persembahan itu adalah penampilan sulung Siti Musliha selepas 14 tahun menghilangkan diri. Individu yang bertanggungjawab membawa Siti Musliha ke persada seni dahulu, Hatta Sanie daripada MS Production menyifatkan Siti Musliha yang pertama kali ditemuinya pada tahun 1996 sebagai seorang budak yang bijak.
Kucing
“Siti Musliha petah bercakap. Kita tidak dapat jangka apa yang akan dikatakan olehnya,” katanya. Ketika ditanya ke mana menghilangnya Siti Musliha dalam tempoh yang lama, Hatta berkata, disebabkan tidak lagi merakam album, aktiviti seni Siti Musliha juga terhenti. Bercerita mengenai zaman kanak-kanak Siti Musliha, Hatta menyifatkannya sebagai seorang budak yang pandai bergurau. “Saya ingat lagi jika kami ada tugasan luar, dia sering membawa perakam suara dan merakam suara kami ketika kami tidur atau sedang berbual.
“Apabila kami mendengar semula rakaman tersebut, geli hati kami dibuatnya,” kata Hatta. Tambahnya, jika dia memimpin tangan Siti Musliha menaiki tangga, Hatta akan memberitahunya bilangan anak tangga sebelum menyuruhnya memulakan langkah.
“Dia akan kira semua anak tangga hingga selamat sampai ke atas,” katanya lagi. Selain itu, menurut Hatta, Siti Musliha seorang yang takutkan kucing kerana bulunya.
“Saya pernah bergurau dengan mengambil barang-barang berbulu seakan-akan bulu kucing dan letakkan pada badannya. “Dia pasti menjerit kerana terkejut,” kenang Hatta.
Sumber : KOSMO! Ahad Edisi 08-05-2011 bersamaan 04 Jamadilakhir 1432H
5 comments
dah lama tk dengar kisah siti musliha, kemana la dia menghilang..hmm
ReplyDeletesemoga dia dalam keadaan sejahtera..
dah lama leeza tak mengetahui ttgnya. yg pasti ada lagunya yg menyentuh hati ini.
ReplyDeleteSo cute...hope she be better by days.
ReplyDeleteKerajaan 1Malaysia sepetutnya memberikan gadis ini pekerjaan tetap supaya dia dapat berdikari untuk menempuh kehidupan pada masa depan. Dia patut diberi peluang untuk hidup seperti insan lain, mempunyai pendapatan sendiri dan berjaya dalam kehidupannya. Mungkin dia boleh diberi bantuan untuk memulakan perniagaan kerana saya rasa dia mempunyi bakat yang luar biasa.
ReplyDeletesokong pendapat anonymous! ,saya baru berjumpa dengan dia sebab adik dia berkhawin pada seminggu lebih lepas. Ya allah. Kagum suara Siti Musliha. Memang sedap dan lunak. Kalah artis malaysia yang ada sekarang. Saya rasa macam duduk sebelah radio yang sedang berkumandang. Padahal dia nyanyi live tu. :) semoga kerajaan 1 Malaysia dapat memberikan dia peluang kepada peluang supaya beliau dapat merasa pengalaman berbagai bidang seperti perkerjaan.
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"