Sunday, 2 December 2012

Berulang Ulang Melakukan DOSA & TAUBAT...

Diriwayatkan oleh Thabrani:

“Telah datang seorang laki-laki menghadap Rasulullah SAW lalu bertanya:

“Ya Rasulullah, salah seorang dari kami berdosa.

Bersabda Rasulullah: dituliskan dosanya.

Berkata orang itu: Lalu orang yang berdosa itu minta ampun atas dosa itu dan taubat.

Bersabda Rasulullah: Allah ampuni dosanya dan di beri taubat.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Berkata orang itu: Lalu orang itu kembali berbuat dosa


Bersabda Rasulullah: Dituliskan dosanya

Berkata orang itu: Lalu orang berdosa itu kembali minta ampun dan taubat atas dosanya itu.

Bersabda Rasulullah: Allah ampuni dan beri taubat baginya, dan tidaklah Allah bosan memberi ampunan dan taubat selama orang itu tidak bosan minta ampun dan taubat “ 
Published with Blogger-droid v2.0.9

2 comments:

  1. sbg manusia biasa. kita tidak jemu melukakan kesilapan, maka kita pun jgnlah sesekali jemu memohon maaf dan bertaubat. sesungguhnya kita sentiasa diduga.

    ReplyDelete
  2. allah itu maha pengampun.. allah maha besar...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"