Sahabat Que 'Silent Readers'

Datuk K Cedera Parah, Kemalangan Di New Zealand? Siti Nurhaliza Batalkan Persembahan...

12/14/2012 07:06:00 pm


Suami penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dilapor telah mengalami kemalangan di New Zealand, hari ini.
Seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan, Datuk K mengalami kecederaan patah bahu, tangan dan kaki, namun keadaannya stabil.
Ketika ini, Siti masih berada di Jakarta sementara menunggu penerbangannya ke Kuala Lumpur sebelum berangkat ke New Zealand esok, bagi melihat keadaan suaminya.
Lantaran itu, Siti terpaksa membatalkan dua persembahan besar iaitu Konsert Ekspresi Karya Gemilang yang dijadualkan berlangsung di Banjarmasin dan Jakarta sehingga 14 Disember ini.

You Might Also Like

1 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad