gambar: iluvislam
Wahai sahabat2 jagalah aurat dan pergaulanmu, wanita solehah ibarat seekor rama2 yang cantik, andai diri dia pernah disentuh lelaki ajnabi, dia diibaratkan seperti seekor rama2 yang telah tercalar sayapnya dan tiada nilai lagi.
Kali ni Abe nak kongsi tentang sebuah percintaan yang sejati iaitu percintaan Adam dan Hawa. Dua nama yang tidak asing lagi dengan percintaan sejati kedua-duanya. Cinta yang telah berputik disyurga Allah S.W.T dan seterusnya digoda oleh syaitan. Dihantar ke dunia, dan disebabkan cinta sejati kedua-duanya bertemu semula di dunia. Cinta yang agung dan terulung ini seharusnya menjadi inspirasi kepada umat manusia zaman sekarang. Sesungguhnya sedarlah wahai kaum Adam, kamu dijadikan oleh Allah S.W.T untuk menjaga kaum Hawa dan janganlah kamu mensia-siakan kewajipan yang diberikan kepada kamu. Janganlah dengan paras kacak dan ayat-ayat manismu menjadi senjata untuk merosakkan kaum Hawa sesungguhnya kaum Hawa memerlukan perlindungan darimu wahai kaum Adam. Kaum Hawa adalah kaum yang lemah dan memerlukan bimbingan darimu untuk hidup di dunia ini. Jadilah kaum Adam yang agung dengan membimbing kaum Hawa ke jalan Ilahi.
baca lagi Klu TAJUK ENTRI ni
baca lagi Klu TAJUK ENTRI ni
Wahai kaum Hawa, kita manusia adalah sebaik-baik kejadian dan janganlah kamu menyamakan diri kamu dengan binatang yang tidak berotak. Kamu dikurniakan kecantikan paras rupa dan syaitan akan mencantikkan kamu lagi dimata kaum Adam. Janganlah kamu menjadikan kecantikan itu satu senjata untuk kamu memikat kaum Adam. Sesungguhnya malulah pada diri dan maruah kamu. Jaga maruah kamu sebagai kaum Hawa dan janganlah senang untuk jatuh pada cinta palsu dan ayat-ayat palsu dari kaum Adam. Tapi nilailah kaum Adam dari segi agamanya, perlakuannya dan kebaikannya kerana kaum Adam yang akan membimbing kamu. Pilihlah dengan keikhlasan hati yang nurani. Janganlah mudah terpedaya dengan hasutan syaitan laknatullah itu.
Wahai kaum Adam yang mulia, sesungguhnya kamu diberikan sembilan akal dan satu nafsu. Tidakkah mampu akalmu untuk mengalahkan nafsu yang satu itu? tanyalah pada dirimu sendiri dimana kesembilan akalmu itu dan adakah digunakan untuk kebaikan atau sebaliknya. Jika dapat dilihat kaum Adam zaman sekarang menggunakan akal mereka untuk mecuri dan mencairkan hati kaum Hawa dengan kata-kata manis. Akal kaum Adam tidak digunakan seperti yang sepatutnya. Sedarlah wahai kaum Adam, kamu sudah memungkiri tanggungjawab yang diberikan oleh Allah S.W.T untuk membimbing kaum Hawa. Jagalah nafsumu wahai kaum Adam kerana nafsu akan merosakkan kaum Hawa yang lemah dan janganlah kamu kalah pada nafsumu yang satu itu.
Wahai kaum Hawa, kamu dikurniakan nafsu di dalam diri, kawallah nafsumu itu dari menguasai dirimu itu. Nafsu akan merosakkan dirimu mahupun kaum Adam. Dirimu sungguh berharga dan harus dijaga dengan sebaiknnya. Jagalah batasan pergaulanmu dengan kaum Adam dan jagalah auratmu dari dilihat oleh kaum Adam kerana aurat boleh menyebabkan kaum Adam tertawan denganmu. Jangan jadikan auratmu itu pendorong hawa nafsu kaum Adam untuk mendapatkanmu. Jagalah ia untuk kebaikan dirmu dihari kelak. Jaga pakaian dan tutur katamu kerana itu yang dikehendaki oleh kaum Adam yang soleh, yang akan menjagamu dengan baik dan mengikut syariat Allah S.W.T.
Dan kepada kaum Adam pilihlah kaum Hawa yang dapat menjaga keturunanmu dengan baik. Jika kaum Hawa itu telah rosak, tidak ada kesulitan untuknya kembali ke jalan Allah S.W.T. Malah bimbinglah dia dengan ilmu agamamu itu, jagalah dia dan bagilah dia peluang untuk merubah dirinya. Sesungguhnya setiap manusia boleh berubah dan tiada yang mustahil. Curahkanlah ilmu agamamu kepadanya dan ajarkanlah dia mengenal erti Islam yang sebenar. Kembalikanlah cinta terulung dan agung seperti Adam dan Hawa di dalam hidup bersama pasanganmu Insyallah akan berkekalan dan diredhai oleh Allah S.W.T.
Abe harap, semoga kita semua mendapat ikhtibar dan pedoman dalam diri kita semua.
Jagalah auratmu, walau sehelai rambut..
Jagalah kemaluanmu..
Jagalah maruah dan harga dirimu..
Jagalah tutur kata dan pergaulanmu..
Jagalah pandanganmu..
Jagalah solatmu..
Jagalah kebersihan dan kesucian dirimu..
Jagalah nafsumu..
Jagalah agamamu..
Moga kamu beroleh KEBAIKAN DAN KEMENANGAN di dunia dan di akhirat..
Jagalah auratmu, walau sehelai rambut..
Jagalah kemaluanmu..
Jagalah maruah dan harga dirimu..
Jagalah tutur kata dan pergaulanmu..
Jagalah pandanganmu..
Jagalah solatmu..
Jagalah kebersihan dan kesucian dirimu..
Jagalah nafsumu..
Jagalah agamamu..
Moga kamu beroleh KEBAIKAN DAN KEMENANGAN di dunia dan di akhirat..
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"