Kini Baru Que SEDAR DIRI...
12/06/2012 06:17:00 pm
Sewajarnya manusia itu menghargai apa yang mereka miliki. Bersyukur pada anugerah dan nikmat yang telah Tuhan kurniakan pada setiap individu. Tetapi, sudah menjadi adat manusia, ingin rasa dihargai. Hingga terlupa untuk menghargai apa yang mereka miliki.
Namun, pernah korang terfikir.. saat kita ingin dihargai.. apa yang telah kita lakukan untuk menghargai?? Jangan hanya meminta, cubalah pula untuk memberi.. Kerana tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Abe tertarik dengan lirik lagu Jason Mraz ‘Life is Wonderful’.. Penuh dengan makna dan erti sebuah hidup..
It takes two floors to make a story
It takes an egg to make a hen
It takes a hen to make an egg
There is no end to what I’m saying
It takes a thought to make a word
And it takes some words to make an action
It takes some work to make it work
It takes some good to make it hurt
It takes some bad for satisfaction
Semua perkara dalam hidup ini perlukan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu.. Tiada yang percuma.. Abe percaya, seseorang itu akan dihargai apabila menghargai. Biar tidak dihargai oleh orang lain, kerana penghargaan itu kadang kala buat kita lupa pada penghinaan. Menghargai tidak semestinya menghargai orang lain hingga lupa untuk menghargai diri sendiri. Menghargai Allah itu jadi keutamaan Abe sekarang ni... Xde apelah kalu manusia xde sorangpun yang menghargai kita, janji kita sedaya upaya berusaha untuk dapat penghargaan dari ALLAH... InsyaAllah
Love yourself before you love other. Dihargai atau menghargai?? Keduanya perlu.. Kerana sudah fitrah manusia dijadikan untuk mempunyai perasaan..
Published with Blogger-droid v2.0.9
5 comments
Betul tu be, nk cari kwn yg menghargai pershabatan ni pyh, kito x berharap pun tp lumrah semulajadi kito nk dihargai...dia x tahu yg kito saye ko dio...
ReplyDeleteitu lah manusia.kadang2 terlampau mengejar sesuatu, terlupa pula yg mengejar.hikhik.fhm tak?
ReplyDeletebkn senanglah nk jumpa org yg tahu menilai erti persahabatan. leeza ni susah dh nk percaya. sbb dh terkena... mcm2 kena tuduh bila ditegur pasal lelaki yg kawan minat tu.. kalau kwn sejati .. kita akn tegur keburukan kwn kita, agr cerita buruk tak dijaja sana sini.
ReplyDeletebila kita dah tiada di dunia ni, barulah ada orang nak hargai kita, nak rindu kita seikhlas hati... maybe.... kawan sejati mmg sukar ditemui...
ReplyDeleteMore u give.. more u get.. @__@
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"