Sahabat Que 'Silent Readers'

KISAH BENAR Ahli SUMO Yang Rajin SOLAT

12/12/2012 07:50:00 am


Memiliki berat 'berlebih' tidak membuat pesumo asal Mesir, Ahmed Abdelrahman Shaalan, kesulitan untuk melaksanakan SOLAT. Sebaliknya, pemilik gelaran 'Ribut Pasir' ini tidak pernah meninggalkan solat lima waktu walaupun agenda latihan yang sangat padat. Tak hanya itu, Ahmed tidak pula makan daging babi dan 'sake', minuman beralkohol khas Jepun, seperti seorang pesumo lain. Dia berpegang teguh dengan keyakinan agamanya untuk tidak mengambil makanan dan minuman yang dilarang. Dengan latar belakang keyakinan yang jauh berbeza dengan pesumo lain, Ahmed tentu berada dalam satu persekitaran yang memaksanya bekerja keras menjaga keyakinannya agar tidak goyah.

"Alhamdulillah, saya tidak terjejas. Bahkan saya bekerja keras untuk tetap menjalankan ibadah puasa meski kebanyakan perlawanan sumo berlangsung di waktu petang" katanya.
baca lagi KISAH BENAR ini, Klik TAJUK ENTRI ni
Dia percaya kemantapan iman dapat menjadi modal kuat bagi menghadapi setiap jenis cabaran. Sarjana Akauntansi ini pun bersyukur yang Maha Kuasa selalu melindunginya dari setiap godaan yang datang. "Saya yakin dapat mengatasi setiap cabaran," ujarnya.

Ahmed yang berasal dari Giza, mempunyai cita-cita besar untuk mewakili Muslim. Dia tanamkan dalam diri untuk tidak mengorbankan apapun, terutama keyakinannya untuk mewujudkan cita-cita itu. "Saya khuatir, cita-cita saya ini menjadi bomerang. Tapi Insya Allah tidak ada masalah," katanya.

Tanpa Babi

Kekuatan pesumo terletak dari kekuatan fizikal. Keadaan itu jelas memerlukannya untuk mengambil makanan dengan gizi yang lengkap. Rebusan daging, sayur-sayuran dan ikan atau yang dikenali sebagai Chankonabe merupakan menu wajib para pesumo. Pelatih Ahmed, Otake mengatakan setiap pesumo perlu mendapatkan nutrien gizi yang berasal dari daging babi dan ayam dalam menu sehari-hari. Tapi Ahmed, ada sedikit pengecualian. Menu berbahan dasar babi digantikan dengan yang lain. "Saya sebenarnya ingin dia boleh terbiasa dengan tradisi di luar Sumo," katanya.

Otake pun turut memuji anak asuhnya itu. Menurut dia, semangat Ahmed begitu luar biasa. Namun, ia mengharapkan agar Ahmed tidak terlalu bernafsu mengejar cita-citanya. "Jangan sampai cita-citanya itu membuat rasa rendah hati dalam dirinya hilang. Itu yang penting," kata Otake.

Prestasi Ahmed boleh dianggap BERJAYA untuk katogori pendatang baru. Dalam perlawanan 2008  empat tahun lalu, dia berjaya menepuk pingat gangsa di kelas terbuka. Dua tahun berikutnya, ia berjaya memenangi pingat gangsa untuk kelas 100 kg.

- sumber dari republika.co.id

You Might Also Like

1 comments

  1. Macammana dia nak jaga aurat ketika perlawanan sumo tu ye,sumokan kena pakai cawat je??
    mungkin dia pakai seluar panjangkat dalam kot.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad