Thursday, 6 December 2012

JANGAN Di Paksa Sesebuah PERSAHABATAN... JANGAN SEDIH!!! BerSahabatlah TANPA Mengharapkan Balasan...

SeJUJURnya, Abe pun selalu rasa macam tu! Dipinggirkan kawan-kawan, tapi sebabnya mungkin Abe yang tak pandai bawa diri? Korang sedih tak korang mudah dilupakan? Jangan sedih, bukan hak kita untuk sentiasa diingati dan dikenang-kenang.

Ingat, kita boleh buat baik , tapi kita tak boleh paksa orang suka dan ingat kat kita. Kalau orang ingat dan suka kita, itu adalah salah satu kurniaan Allah juga. Berkawan, tapi jangan berharap. Kawanlah dengan siapa-siapa, tapi jangan selalu berharap mereka akan selalu ambil kisah tentang kita. Bimbang itu akan hanya melukai kita dan membuat kita terasa kecewa.

Bila kita letak pengharapan pada manusia, maka manusia selalunya akan hanya mengecewakan kita. Berkawanlah dengan ikhlas, berilah persahabatan, tanpa mengharapkan balasan. Abe tahu itu susah. Normallah kita manusia. Nak juga ada someone yang rapat, yang selalu peduli dan ambil kisah. But then, jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Tak semestinya bila orang lain ada ramai kawan rapat dan kawan yang selalu peduli dan ambil kisah, maka kita pun mahu benda yang sama.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Ada lah sebabnya kita tak mendapatkannya. Jangan berfikiran negatif. Tak selamanya korang akan forever alone. Tuhan lebih tahu. Mohonlah bantuan dan petunjuk Dia. By the way, Abe rasa Abe tak membantu sangat pun, walaupun Abe  pernah berada dlm situasi tidak diajak untuk keluar minum walaupun Abe banyak kali offer diri untuk kuar minum reramai. Jujur, Abe tahu apa yang korang rasa.

Selalu sorang2, tak ada kawan rapat, rasa tak ada orang peduli, tak ada orang kisah. Memang sakit bila kita terhegeh-hegeh nak berkawan TAPI kawan-kawan kita HANYA nak berKawan dengan kita UNTUK BERTUJUAN saja. Sakitkan... Tapi bila kita berhenti berharap pada kebaikkan manusia, maka akhirnya nanti, kecewa dan rasa sakit itu akan hilang.

Berkawanlah, dan pedulilah tentang orang lain, walaupun mungkin mereka tak melakukan perkara yang sama. Jangan sedih. Carilah kekuatan dalam bersendirian itu. Carilah hikmah dalam ujian tuhan ini. Optimislah. Buatlah baik walau tidak dibalas kebaikkan. Pedulikanlah orang lain, walau mereka tak pernah ambil peduli. Carilah contoh2 yang baik disekeliling korang, dan jangan terus membiarkan diri kita diselubungi kesedihan kerana perasaan kita yang rasa terpinggir itu. Itu tak akan membantu, orang lain tak boleh tolong kita, kita yang kena fight utk diri sendiri!!

Chaiyok Chaiyok Que... Tak laratlah nak terus bersendiri dan bersedih kan? Tak best la nak forever alone kan? Que, Bergaullah dan berkawanlah. Jangan meminggirkan diri. Itu tak akan membantu. Islam kan mengajarkan kita untuk berbuat baik dan bersangka baik? Semoga urusan Abe selepas ini akan dipermudahkanNya... INSYAALLAH..
Published with Blogger-droid v2.0.9

22 comments:

  1. saya kadang2 mmg suka bersendiri...tp kadang2 tu, bila gi jln2 dgn kawan2 pun jarang diorang sembang dgn saya, kcuali bila nak mintak snap foto...ppffffttttt

    ReplyDelete
  2. Nice entri Que....seriously che mat dalam kumpulan manusia yang susah nak berkawan. mungkin dari sikap yang agak ortodox, konservertif dan berfikiran agak 'kuno'...tapi takpe lah, hargai diri kita dan apa yang kita ada..

    ReplyDelete
  3. KeikhLASAN DALAM PERSAHABATAN
    TU YG KEKAL....

    ReplyDelete
  4. entahlah tak pernah ada kawan sejati

    ReplyDelete
  5. salam saudara que,
    zaza ada share beberapa potong ayat saudara kt dalam blog zaza kerana zaza rasa ayat2 tersebut boleh membantu zaza. TQVM..

    ReplyDelete
  6. memang kdg2 rasa mcm tue...tpi saya nie memg seorg yang suka berahsia...yang penting allah ada sepanjang waktu susah or senang...insy...

    ReplyDelete
  7. yup ..
    chenta cuba jg yerr...

    Thanks Q ..

    ReplyDelete
  8. Nice entry! kena batang hidung sendiri...

    ReplyDelete
  9. Suka entri ni.....
    Betul, tak selamanya forever alone... =D
    Dalam persahabatan kena ada keikhlasan...

    ReplyDelete
  10. setuju... plus.. leeza dh pasrah dgn kwn leeza. takdir kami tidak sehaluan.

    ReplyDelete
  11. betul.....saya susah nk berkawan rapat...memilih...sbb....saya boleh terima orang seadanya tapi....orang lom tentu boleh terima kita...

    ReplyDelete
  12. sgt setujuuuuuu...huhu..kadang2 mmg rasa sakit bila kita x sekepala ngan kawan2 lain..selalu je kena pinggir hanya sebab tu..tapi xkan lah semata2 nk diterima kena ikut perangai diorang lak kan?? i hate korea..style korea n mende2 yg berkaitan which yg tuh semua diorg suka...last2 biarlah kau ngan dunia kau aku ngan dunia aku ^_^.. sahabat x kekal... Allah sentiasa di hati ;)

    ReplyDelete
  13. salam abe...mungkin abe rasa macam tu sebab abe x berkeluarga lagi...lepas berumahtangga nti abe ada isteri yang cantik dan anak2 menemani abe...alhamdulillah dari zaman sekolah sampai ke sekarang saya tak pernah rasa di pinggirkan...ada jer kawan tetap nak berkawan dengan kita...janji kita ikhlas berkawan tanpa ada perasaan lain...seingat saya...dulu ada yang tak berapa nak berkawan dengan saya...tp lama kelamaan ia datang juga nak berkawan...saya terima aja dengan hati yang terbuka..sebab saya sayang kawan2 saya...:)

    ReplyDelete
  14. setuju sangat2 :)

    singgahlah ke blog sy: www.khairilmazri.com

    ReplyDelete
  15. betul tu...kita xblh nk pksa org lain tuk kwn ngn kita...

    ReplyDelete
  16. jgn sedih lg..sbb Tuhan kan ada..=)

    Hop in to our lamBLOGghini!
    Art, deco.,pre-loved, tips, accessories and lots more!
    www.qiostestblog.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. salam... mcm mane kalu saya taknak kawan lagi dgn seorang manusia ni... tapi die tak boleh teime kanyatan

    ReplyDelete
  18. hmm.. itulah yg saya rasa skarang.. ntah kenapa si kawan tak ajak kita lunch..padahal seblum ni elok ja lunch sama.. napa ya? saya ni bukan la jenis mengata ngutuk org pun.. kerr sb bukan jenis tu yg org tgk tak best nak berkawan...dah la tkda kawan lain sb memasing kawan lain ada group la kononnya. saya ni slalu ja tercicir dari group dan org tak berminat pun nak ajak kita join 'group' tu... hmmm..kesian kan..last2.. kembali pada dunia saya..surf internet dan yg pasti Allah sentiasa di hati

    ReplyDelete
  19. Kengkadang org pinggirkan kita sebab tak sekepala

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"