LELAKI GILA SEKS BERAKSI LAGI!
Lelaki Gila Seks Buat Gadis Ini Trauma | TELOK DATOK - Seorang remaja
perempuan yang bekerja di sebuah kedai telefon di Pekan Banting trauma
apabila seorang lelaki menunjukkan kemaluannya di sebuah perhentian bas
di Telok Datok.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi itu ketika remaja berkenaan sedang menunggu bas untuk ke tempat kerja. Mangsa yang ingin dikenali sebagai Nia, 16, berkata, dia terkejut
apabila pemandu sebuah kereta Waja memberhentikan kenderaannya lalu
menunjukkan kemaluan di hadapannya.
Tidak sampai tiga minit katanya, suspek yang berusia dalam lingkungan
umur 40-an dengan berpakaian pejabat itu bergegas memandu semula
kenderaan menghala ke Banting apabila mendapati sebuah bas awam berhenti
di belakang.
“Akibat terkejut saya hanya mengalihkan pandangan ke arah lain dan cuba untuk menyelamatkan diri.
“Mujur suspek tidak melakukan tindakan di luar kawalan dan bertindak
beredar selepas itu,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat
Polis Daerah Kuala Langat.
Mangsa berkata, sebelum ini kejadian sama melibatkan remaja lain pernah
berlaku di kawasan taman berkenaan tetapi dengan suspek berusia dalam
lingkungan umur 20-an.
"Saya khuatir suspek yang dianggap 'gila seks' ini terus berlegar-legar
di kawasan taman untuk menakutkan remaja dan orang awam lain," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Skim Rondaan Sukarela (SRS), Mohd Khairul Abdul
Samad ketika dihubungi berkata, beliau kerap menerima aduan namun
kebanyakkan mereka enggan membuat laporan polis. Katanya, difahamkan terdapat dua suspek pernah cuba memperdayakan remaja
di sini dengan meminta menunjukkan alamat menerusi telefon bimbit
tetapi sebenarnya menunjukkan gambar aksi lucah.
“Bagaimanapun, SRS sentiasa mengadakan kawalan berjadual di kawasan taman bagi mengelakan masalah sosial berleluasa,” katanya. Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan laporan dibuat oleh mangsa.
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"