KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin
buruk petang ini dengan maklumat terkini menunjukkan lebih 10,800
mangsa dipindahkan berbanding lebih 6,000 mangsa pada sebelah pagi.
Seramai 5,297 mangsa dipindahkan di Terengganu berbanding 2,594 pagi
tadi, dan jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 3,218
berbanding 1,963 pada sebelah pagi, menurut portal rasmi kerajaan negeri
masing-masing.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI niMenurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara pula, sejumlah 2,376
mangsa dipindahkan di Pahang berbanding 1,743 pagi tadi, manakala mangsa
banjir di Johor kekal 16 orang.
Di TERENGGANU, mangsa banjir di Hulu Terengganu meningkat kepada 1,052
orang petang ini manakala Kuala Terengganu menyaksikan pertambahan 91
mangsa kepada 808.
Bilangan mangsa di Besut ialah 1,096 diikuti Dungun (744), Setiu (717), Kemaman (611) dan Marang (269).
Pusat penempatan banjir yang beroperasi di Terengganu ialah di daerah
Besut (16), Dungun (12), Hulu Terengganu (16), Kemaman (13), Kuala
Terengganu (lapan), Marang (10) dan Setiu (18).
Sementara itu, Jalan Jerangau-Jabor yang ditutup pagi tadi dibuka semula kepada semua lalu lintas petang ini.
Bagaimanapun, Kilometer 13 Jalan Tembila ditutup kepada semua kenderaan
ringan kerana ditenggelami air sedalam semeter dan Jalan
Penarik-Permaisuri di Kampung Nyatuh juga ditutup kepada kenderaan
ringan.
Di KELANTAN, jumlah terbesar mangsa dipindahkan ialah di Pasir Mas iaitu
2,049 diikuti Kuala Krai (355), Kota Baharu (264), Tanah Merah (217),
Pasir Puteh (245), Machang (47) dan Tumpat (41).
Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai; Sungai Kelantan di Jambatan
Guillemard, Tanah Merah; dan Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan
Rantau Panjang masih mencatat bacaan di atas paras bahaya, menurut
portal rasmi kerajaan negeri itu.
Setakat petang ini, tiada lagi jalan utama di negeri itu ditutup kepada
kenderaan dan tiada laporan kemalangan jiwa. Cuaca ketika ini mendung
dan diselangi hujan renyai.
Di PAHANG, 2,152 mangsa dipindahkan di Kuantan, Pekan (167) dan Rompin (57).
Beberapa laluan di kawasan Sungai Lembing ditutup kepada lalu lintas
bermula hari ini berikutan paras air Sungai Lembing yang semakin
meningkat.
Dalam pada itu, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
yang melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara di Pekan
berharap mereka bersabar.
Titah baginda, pihak bertanggungjawab kini sedaya upaya membantu mangsa
yang terjejas dan meminta mereka tidak menyalahkan pihak berkenaan jika
bantuan lewat sampai.
"Saya harap mereka tidak menyalahkan pihak yang datang memberi
bantuan... mungkin keadaan jalan yang tidak berapa baik dalam keadaan
cuaca hujan begini menyebabkan bantuan sedikit terlewat," titah
baginda.- Bernama
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"