MANGSA BANJIR @ KORBAN BANJIR 2012
12/28/2012 12:39:00 am
Mangsa Banjir 2012 yang terpaksa mohon Cuti Peristiwa sebab tak dapat kelik opis... Agak2 dapat tak ek?
Dulu masa kat Beserah dapat rasa gempa bumi. Sekarang kat Sungai Lembing,
merasa pulak banjir. Macam tau-tau je Abe ni jenis spesies yang tak
pernah merasa semua ni. HAHA. So bila orang duk sibuk cerita pengalaman
dorang, boleh la Abe join the club. Kekonon lah, hahhahaha
Serious tak tipu, sepanjang hidup tak pernah merasa banjir tahap sampai
tak dapat pegi kerja ni, hahahhaha. Bukan nak
riak. Bukan! *marah* tapi tak pernah rasa sebab rumah Abe memang bukan
kawasan-kawasan yang mudah banjir. Memanglah Pantai Timur ni selalu
banjir,
tapi ikut daerah dan daerah Abe jarang kena. Selalu kena Sungai Isap,
Permatang Badak je. Itu banjir tahap Gaban la tu... nampak atap jeeee...
baca lagi & lagi gambar mangsa banjir, Klik TAJUK ENTRI ni
Semalam dan semalam yang lepas (dua hari yang lepas) Jalan Utama Sungai lembing ni dikejutkan dengan banjir yang tingginya sampai paras leher Abe (kiranya tenggelam jugaklah kereta Abe tu kalau Abe berdiri). Terkejut sebab tak sangka kena banjir. Memang hujan tak berhenti pun dalam dua tiga empat lima hari ni tapi kemuncaknya masa banjir ni lah. Habis kecoh jugak waktu tu.
Semalam dan semalam yang lepas (dua hari yang lepas) Jalan Utama Sungai lembing ni dikejutkan dengan banjir yang tingginya sampai paras leher Abe (kiranya tenggelam jugaklah kereta Abe tu kalau Abe berdiri). Terkejut sebab tak sangka kena banjir. Memang hujan tak berhenti pun dalam dua tiga empat lima hari ni tapi kemuncaknya masa banjir ni lah. Habis kecoh jugak waktu tu.
Nak dijadikan cerita, hari pertama
banjir tu masa dah nak abis Cuti Krismas. Masa nak pegi naik Highway nak
kelik, laaaaaaaaaa, 'stuck' on jammed yang teruk. sebelum turun umah
'still' takde
apa-apa cuma hujan lebat nauzubillah sampai bumbung kete Abe macam
hampir nak rosak.
huhu Tak expect akan banjir time ni. Masa dah masuk dalam kete pun
hujan still
lebat kat luar. Dikira, dalam dua jam jugak hujan lebat. Tengok gambar
kat atas tu dah macam kat Pantai
Batu Buruk kot, hahaha. Jalan tu lah yang Abe kena lalui untuk nak
balik ke Putrajaya...
Perkara banjir ni actually dah lali
dah untuk masyarakat di negeri
Pantai Timur ni. Sebab setiap tahun memang akan terjadi banjir sebab
musim tengkujuh. Sebab tu lah no wonder orang-orang Kuantan ni tak
teruja seperti Abe bila kena banjir. HAHAA Dorang pun dah agak benda ni
akan berlaku, so dorang mungkin dah buat persiapan awal menghadapi
banjir. Gittew kan. Apa-apa pun, bagi kawasan-kawasan yang dilanda
banjir, berhati-hatilah sebab malang tidak berbau. Ada orang kampung kat
sini
yang kena patuk ular dalam banjir ni, ada yang jatuh masuk longkang
(jangan ketawa) dan tak kurang ada kenderaan yang rosak masa banjir ni.
Apa-apa pun jaga diri ye. Kete 86 Abe ni contohnya, masa redah air tadi,
tali kipas dah mula menyanyi... hurmmmmmm, nak duit la tu...
Cuba korang tengok gambar2 yang Abe snap kat atas ni... Hehehehe, ada nampak macam Mangsa Banjir 2012 tak? hehehehhe...
Published with Blogger-droid v2.0.9
3 comments
cantik r gambar air dalam gambar first tu... pndai guna shutter speed. ke edit photoshop? :)
ReplyDeletehepp jangan main banjir. bahaya!!!
ReplyDeleteAbe guna Instagram je, heheheheehe.
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"