Mangsa BANJIR PERTAMA Di TERENGGANU. Samhanim Lemas Ketika MEMUKAT
12/26/2012 06:56:00 pm
Banjir yang melanda memberi kesempatan untuk sesetengah orang mencari
rezeki lebih. Antaranya menahan pukat dan menjala. Mungkin kerana ketika
ini banyak ikan keluar ‘lubuk’. Namun ianya tetap perlu dilakukan
berhati-hati. Jika tidak, padah jawabnya. Abe sempat baca pasal ni baru jap tadi drp ADC. Tq ADC
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Menurut laporan berita hari ini, seorang wanita menjadi korban pertama
banjir di Terengganu apabila ia ditemui lemas semalam setelah terjatuh
ke dalam sungai Lanjut berdekatan Jambatan Permaisuri. Ketua Operasi
Penyelamat Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mohd Izani Zakaria ketika
mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya dengan bantuan penduduk
kampung, menemui mayat mangsa pada pukul 6.30 petang berdekatan tempat
mangsa terjatuh.
Samhanim Ramli, 36, dikatakan tergelincir
ketika sedang menahan pukat jaring bersama suaminya, Wan Amran Wan
Sudin di sungai tersebut kira-kira pukul 3 petang. Mayat dibawa ke
Hospital Setiu untuk bedah siasat.
Takziah dan Al-Fatihah untuk arwah.
2 comments
di kampung pasir gajah kemaman 2 remaja masih belum di temui lemas ketika cuba menyeberang jalan menghala Balai polis pasir gajah .seramai 7 remaja bermain air cuba melintasi jalan tersebut dan dihayutkan air,5 diselamatkan olih anggota bomba .2 lagi masih belum dijumpai sehingga kini jam 8.30 malam.pencarian masih diteruskan.
ReplyDeleteYER.. ADA TGK DI BERITA TADI.
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"