Saturday, 22 December 2012

SAHABAT, Cukuplah Sekali Khilafmu... JANGAN ULANGI LAGI

Benarlah Ungkapan "Ikatan AQIDAH itu lebih KUKUH jika dibandingkan dengan ikatan DARAH". Abe merasainya, betapa indahnya dan manisnya Ikatan UKHWAH itu. Sungguh, alangkah manisnya hidup dalam suasana penuh keikhlasan bersama Sahabat yang sudi memahami tuntutan dakwah dan sudi berkorban DEMI SAHABAT YANG LAIN...

Pada Abe, tidak senang untuk korang cari Sahabat yang boleh kongsikan banyak perkara, Sahabat yang mampu ketawa dan menangis bersama kamu, Sahabat yang setia bersamamu di JALAN JUANG. Namun, bila kamu temuinya, peganglah dia seeratnya walau banyak manapun kelemahan dirinya kerana barangkali kamu tidak akan temui lagi Sahabat sebaiknya, yang berani menegur KHILAF kamu, menegur KESILAPAN kamu, menegur KENAKALAN kamu, menegur KETERLANJURAN kamu, menegur dengan niat supaya kamu tidak berada di bawah telunjuk SYAITAN LAKNATULLAH...
baca lagi, Klik TAJUK ENTRI ni

Sahabat itu suatu ANUGERAH yang indah dalam hidup Abe. Mungkin benar seseorang itu boleh hidup tanpa kekasih, TAPI jarang orang boleh hidup TANPA SAHABAT... Doa Abe di akhir setiap solat Abe...

YA ALLAH, JAGALAH SAHABAT-SAHABAT ABE DENGAN BAIK KERANA ENGKAULAH SEBAIK-BAIK PENJAGA. YA RAHMAN, ABE SANGAT MENYAYANGI SAHABAT-SAHABAT ABE. SAYANGILAH DIA SELALU, JADIKAN DIA PENGHUNI SYURGAMU, ENGKAU PELUKLAH DIA DI SAAT DIA LEMAH, ENGKAU PEGANGLAH DIA DI SAAT DIA TERTATIH, TERSUNGKUR... KERANA ABE INGIN DIA MENJADI SAHABAT ABE DI DUNIA DAN DI AKHIRAT....

Friendship in not how you forget but, how you forgive. Not how you listen but, how you understand. Not how you see but, how you feel. Not how you let go but, how you let on!! Friends, we share smiles, we wipes the tears, and through the years our friendship has grown along with us. You're truely a wonderful part of my life...

Kita Lahir dengan Kebebasan,
Sebuah  fitrah suci seorang hamba,
Kita hidup dengan keterbatasan,
Allah jua yang menjadi Tuan,

Mengatur kebebasan dan keterbatasan,
Dari situ, manusia bahagia dan sejahtera,
Kini, manusia mahu menjadi “Tuhan”
Diturutinya NAFSUnya

Diciptanya keterbatasan yang melukakan
Berlagak angkuh laksana Tuhan
Lupa peranan mentadbir ummah
Adil, dan Saksama,

Ummah ini asalnya bebas milik Allah,
Kini resah, luka, sakit ,
kerana zalimnya SYAITAN LAKNATULLAH.
Namun, bumi sentiasa berputar,

Siapa yang ALPA ada balasannya,
Pasti akan terjerumus,
Pasti akan lalai semula seperti dulu,
Bangkitlah SAHABAT, bangkit,
Kawal NAFSUmu,
JANGAN BIARKAN NAFSUmu,
MENJADI RAJA LAGI…

2 comments:

  1. leeza juga sayang rakan2 leeza...
    love..

    ReplyDelete
  2. sahabat memberi mkna dlm kehidupan...best sume entry kt blog nie...tahniah..:)

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"