Sahabat Que 'Silent Readers'

SAHABAT = Satu NOSTALGIA Yang BERHARGA

12/17/2012 08:37:00 am

Dulu masa mula-mula kenal perghhh... Sanggup bersama naik motor dari KL ke sini merentas highway, apa-apa saja sering jer senang berbicara, pernah juga parking printer die kat bilik aku masa dulu-dulu, dulu-dulu tu dulu mana sangat? Tak lah bertahun sangat dalam lingkungan 2-3 tahun nie la. Apa yang berlaku sekarang? Selisih bahupun tak bertegur sapa sudah apa lagi? Duduk sebelah pum belum tentu lagi bercakap...memang pelik orang begini.

Susah cari kawan senang jarang-jarang ditinggalkan, apa yang berlaku aku pum tetap bingung. Apa yang dia nak sebenarnya, aku tak pernah pulak belasah dia, tak pernah pum tengking dia cuma aku berlalu dengan rendah diri sendiri tak menyatakan sepatah pun perkataan "kau penyebab aku berundur". Apa lagi? Tiada dendam tertanam dalam jiwa tiada hasad seperti lelaki lembut itu dan tiada apa-apa yang dibengkakkan dalam hati. Jadi dimana persahabatan itu bermula?
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Ingatlah bersahabat memerlukan keserasian, ia di bina atas saling percaya mempercayai, hormat menghormati, faham memahami antara satu sama lain. Jika mahu di hormati sahabat hormatilah dia juga, jangan nafikan haknya sedangkan mengaku hak diri sendiri. Ingatlah tanpa keserasian tiadalah keakraban dan bila tiadanya keakraban maka hancurlah ketenangan. Keserasian tidak mengambil kira formula + - / x tetapi ia lebih memfokuskan kepada =. Seandainya sukar untuk mewujudkan keserasian maka "SCAN"lah keserasian dalam diri kita sendiri pasti kita akan ketemui keserasian yang hilang. Barulah perhubungan persahabatan yang terbina itu mantap, sahutlah seruan "SATU HATI" kerana ia amat bermakna dalam memperkukuhkan ukhwah yang terbina.Jika ibubapa pendamping setia, maka S.A.H.A.B.A.T pula teman yang bermakna kerana sahabat "satu NOSTALGIA yang BERHARGA"
Published with Blogger-droid v2.0.9

You Might Also Like

3 comments

  1. Kekadang hati dalamannya tersentap dengan kata-kata yang tak disedari telah dikeluarkan di kala kemesraan persahabatan terjalin indah....
    muhasabah diri adalah jalan yang terbaik...
    semoga sejuk hati seumpamanya ada dalam merintis satu ikatan persahabatan yang tiada penghujungnya....

    ReplyDelete
  2. Sahabat teman perjuangan sepamjang hayat.. Bersabarlah..

    ReplyDelete
  3. leeza cerita ni bkn nk ckp leeza baik. tp leeza telah kehilangan seorang rakan gara2 dia lbh percaya akan lelaki yg dia baharu kenal. tp telinga leeza ni dh tak tahan dgr mcm2 cerita buruk kawan leeza. dah puas nangis n perselisihan fhm ant kami. akhirnya leeza undur diri n give up dgn hbgn persahabatan yg terbina.
    huuu

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad