AHLI POLITIK Ditampar Wanita Kerana MEROGOL
1/05/2013 11:00:00 am
AHLI POLITIK Ditampar Wanita Kerana MEROGOL | NEW DELHI - Belumpun reda kemarahan rakyat ekoran kes rogol lima lelaki ke atas seorang gadis baru-baru ini, polis di negeri Assam, timur laut India menangkap seorang pemimpin parti Kongres yang memerintah negara ini, Bikram Singh Brahma kerana kesalahan yang sama kelmarin. Dia ditangkap kerana didakwa merogol seorang ibu yang mempunyai dua anak di sebuah kampung di Santipur di daerah Chirang di negeri berkenaan.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Imej yang disiarkan di televisyen India menunjukkan beberapa wanita mengepung Brahma dan mengoyak bajunya. Seorang wanita turut menampar muka ahli politik itu. Menurut polis, Brahma memasuki rumah wanita tersebut dan merogolnya pada pukul 2 pagi waktu tempatan. Seorang pegawai polis, G.P. Singh berkata, ekoran jeritan wanita itu, beberapa orang di kampung tersebut keluar dari rumah dan menangkap Brahma. Ketika kejadian, Brahma sedang melawat kampung tersebut.
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"