Monday, 14 January 2013

ALHAMDULILLAH, Mereka Sebut ALLAH...

ALHAMDULILLAH, Mereka Sebut ALLAH... | Ahmad, Joseph, Muthu dan Lim sedang duduk minum di kedai kopi menikmati tea-break mereka.  Dalam perbualan mereka, terselit perbualan berikut:


Ahmad:  “Joseph, siapa yang jadikan kamu?”
Joseph:  ALLAH
Ahmad:  “Muthu, siapa yang beri kamu rezeki?”
Muthu:  ALLAH
Ahmad:  “Ah Lim, siapa tuhan yang jaga dan urus alam ini?”
Lim:  ALLAH
Ahmad:  “Alhamdulillah”

Ahmad yang mendengar jawapan-jawapan yang diberikan oleh rakan-rakan sekerjanya itu berasa lega kerana mereka mengakui bahawa tuhan yang menjadikan, yang memberikan mereka rezeki dan menjaga alam ini ialah ALLAH. Lantas Ahmad mengucapkan ‘alhamdulillah’ kerana bersyukur dapat mendengar jawapan tersebut dari mulut rakan-rakannya yang belum beragama Islam itu.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Walaupun mungkin konsep yang mereka faham mengenai ALLAH itu tidak tepat yakni mengikut doktrin kepercayaan dan agama mereka. Tetapi sekurang-kurangnya bagi Ahmad ia suatu yang penting untuk diterima iaitu mengakui bahawa ALLAH itulah yang menjadikan mereka, yang mengurniakan kepada mereka rezeki dan yang mengurus tadbir alam ini.  Tinggal satu lagi perkara iaitu meluruskan kefahaman yang sebenar tentang siapakah ALLAH yang sebenar dan mengajak kepada mentauhidkanNYA (meng-esa-kan ALLAH).

Walaupun mungkin konsep yang difahami oleh Joseph si penganut Kristian, Muthu si penganut Hindu dan Lim si penganut Buddha tidak sama dengan konsep yang difahami oleh Ahmad si penganut Islam, namun ia permulaan yang baik untuk Ahmad mendakwahkan ajaran tauhid kepada rakan-rakannya. Dan Ahmad faham itulah tugasnya selepas ini.

Tahap pertama:  Mengakui bahawa ALLAH ialah tuhan.
Tahap kedua:  Menjelaskan sifat-sifat ALLAH yang sebenar dan mentauhidnya.
Apa kata ALLAH?

Apa yang dilakukan oleh Ahmad di atas adalah suatu yang dicontohi dari apa yang ALLAH suruh kepada Rasulullah SAW seperti yang disebut di dalam 2 ayat al-Quran di bawah.  Iaitu supaya bersyukur dengan mengucapkan ‘alhamdulillah’ jika orang-orang kafir mengakui bahawa ALLAH lah tuhan.

ALLAH Ta`ala berfirman:





"Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?”  Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”



Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik).”

(Surah al-`ankabut, 29:63)


Dan firman ALLAH dalam surah yang lain:





“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?”  Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. 



Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian – tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).”

(Surah Luqman, 31:25)


Cuma yang menjadi masalahnya ialah kefahaman salah mereka tentang sifat-sifat dan ketauhidan ALLAH.

Jadi, masalah inilah yang diambil tindakan oleh Rasulullah SAW dan orang-orang yang mengikuti Baginda untuk diselesaikan.  Iaitu dakwah kepada mengenal ALLAH, sifat-sifatNYA dan mentauhidkanNYA. Hal inilah perlu dijadikan keutamaan dalam dakwah, bukannya menggelabah apabila orang kafir menyebut ALLAH sebagai tuhan mereka. Apatah lagi jika menjadikannya sebagai isu. Sekali lagi ingin disebut dan ditekankan:  KEUTAMAAN DAKWAH.

Semoga tulisan ringkas ini dapat memberikan kita semua akan petunjuk bagaimana untuk memilih tindakan kita apabila ada orang yang belum-Islam mahu menggunakan nama ALLAH sebagai nama tuhan. Penulis juga pernah menulis hal seumpama ini dalam tulisan berikut pada tahun 2010 sewaktu isu ini menjadi panas dahulu. Nanti Abe akan kongsikan dengan korang semua penulisan Saudara Muzir dalam entri Abe akan datang.

Selepas ini terpulanglah kepada kita samada mahu memilih tindakan yang macam mana?  Adakah mahu:
  1. Marah-marah dan membantah dengan kekerasan?  ATAU,
  2. Menerimanya dengan tenang dan menyusul dengan tindakan memberikan penjelasan siapakah sebenarnya ALLAH?

Published with Blogger-droid v2.0.9

4 comments:

  1. Alhamdulillah jelas. Semuga Noh Gadut baca n3 ni. Atau sape2 tlg postkan kat blog dia (kalau ada).

    ReplyDelete
  2. kesian anak gadut ni.penasihat agama yg tak berapa faham agama.

    ReplyDelete
  3. Bhai QA...

    Alhamdulillah... satu artikel yang terbaek... dan ucapkan gak tahniah dan terima kasih gua kepada penulis asalnya...

    Benda yang baik kita kena warwarkan...

    ReplyDelete
  4. Satu Analogi yg baik utk pemahaman asas topik ini..
    Secara literasi sy dgn berat hati bersetuju dgn Larangan penggunaan Kalimah Allah pd yg bkn Islam itu ttp sy menolak larangan ini secara Hakikat..
    Bersetuju secara literasi adalah krn sy memahami tahap kejahilan umat awam begitu kronik sehingga ada yg kini tak tahu Imam Al-Ghazali itu Tabiin atau Nabi..jd klu dibenarkan Kalimah Allah ini dlm keadaan skrg maka tertiaraplah mereka dlm celaru..
    Maka sy mengerti mengapa dilarang sbb yg punya kuasa dlm negara ini juga yg menyebabkan kejahilan ini berlaku,hasil dari bawaan mereka juga yg x ambil pusing utk mendidik dan menambah kefahaman rakyat terhadap agama..
    Sbbnya ia akan mendatangkan untung kpd mereka bila mereka menggunakan peluru Agama sebagai senjata politik..Namun sy bkn menyokong mereka ttp kasihankan golongan rakyat yg masih jahil ini..
    Sy menolak larangan ini secara Hakikat adalah krn Hakikat Allah tuhan sekelian Alam ini ternafi dgn larangan ini..Apabila kita melarang Org Kristian utk mengiktiraf Allah sebagai Tuhan,maka kita jualah yg menghalangi manusia lain utk mengakui Hakikat Allah sebagai
    tuhan sekelian Alam..
    Soal Konsep ketuhanan mereka tidak selari dgn Ajaran Islam bkn hanya wujud kini,malah sejak zaman para Nabi lg..
    Lalu mengapa kini kita yg diutus dan dipilih lahir sebagai org Islam tidak berjalan dimuka bumi sebagai duta Allah kpd mereka yg belum mengenalnya?
    Sudahlah begitu,kita menahan org bkn Islam dari menyebutnya..
    Jika kecelaruan tauhid yg dijadikan alasan,mengapa kita masih duduk bersenang-senang dirumah lg tanpa menyampaikan walau satu ayat pun kpd tetangga dan kenalan kita yg bukan Islam..
    Seolah jelas kita bersikap "aku malas nk buat kerja2 dakwah ttp jgn sebut nama tuhan aku"..
    Kita manusia dan mereka juga manusia..Maka apa makna Hakikat Larangan ini jika bukan utk menafikan bahawasanya Allah itu Tuhan sekelian alam?
    Allah menjadikan manusia itu berbangsa-bangsa adalah utk kita saling mengenal dan memperkenalkan Allah kpd mereka..
    Disinilah kita berdosa dan dosa yg besar murkanya Allah kpd kita kelak..
    Krn mengalang manusia dari mengenal Allah adalah Syirik terbesar..
    Kita membangkitkan andaian sekiranya panggilan Allah itu dibenarkan kpd mereka maka mereka akan maju setapak mendekati anak2 muda dan membawa dakwah mereka dgn melunakkan dakwah mereka dgn menyebut nama Allah dlm ajakan mereka..
    Jawapan kpd andaian sy ini cukup mudah..
    Kita bimbang sbb kita sendiri tidak berjalan menghampiri anak2 muda utk mendidik mereka tentang Tauhid kpd Allah..
    Kitalah yg membai'ah pemimpin yg tidak menegakkan Haq2 Allah,lalu kita ingin menutup rasa bersalah itu dgn men"tabu"kan Allah kpd Non Muslim(Secara hakikat bknnya Non Muslim ttp Non Muslim yet and maybe better Muslim when they Ambrase to Islam soon)..
    Ttp krn kekiran kita utk memahami isi Al-Quran dan mengambil ayat2nya secara terpisah menjadikan pemahaman Hakikat Agama itu secara terpisah juga..Benar kita perlu merujuk kpd Ayat2 yg menepati muradnya dlm maslahat2 yg dibincangkan ttp Hakikat Al-Quran sebagai penjamin kpd Kitab2 sebelumnya ternafi apabila kita mengamalkan pendekatan yg tidak sampai kpd Hakikat Al-quran itu sendiri..Kita sendiri berjalan sebagai mengikut Al-Quran separuh dan mengingkari hakikat Al-Quran diseparuh jalannya..
    Kata2 Noh Gadut hanya benar pd peringkat Literasi ttp bathil pd Hakikat..
    Sy hanya melihat fatwanya sebagai sisi pandangannya sahaja ttp menolak ijtihadnya krn ia dangkal dari segi Hakikat Allah..Sy bersandar pd Hakikat Asma Allah itu sendiri berada ditelapak tangan kiri dan kanan kita dan semua umat manusia diberi petunjuk hakikat ini..Malangnya kita tidak berbuat apa2 utk membuka mata hati mereka..Petunjuk Allah itu tuhan sekelian Alam berada pd kedua telapak tangan seluruh manusia dimuka bumi ini..dan kita hanya menunggu utk mengesahkannya kpd mereka..Lihat telapak tgn anda sendiri ada belahan Nombor Arab 81 di kiri dan 18 dikanan..
    Itu petanda jelas Hakikat Allah tuhan sekelian Alam dan org2 yg pandai agama menafikannya dgn menunjuk pandai dihadapan org2 yg bodoh..

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"