CARA DAPAT ZURIAT SOLEH. Ulasan USTAZ AZHAR IDRUS
1/03/2013 08:07:00 am
CARA DAPAT ZURIAT SOLEH. Ulasan USTAZ AZHAR IDRUS | Ulasan dari Ustaz Azhar Idrus ni Abe dapatkan secara EKSKLUSIF untuk korang semua. Bukan apa, hanya sekadar perkongsian semata-mata. Ilmu ALLAH SWT tak rugipun kalu dikongsi :)
SETIAP pasangan suami isteri pastinya
mengharapkan perkahwinan yang dibina segera dikurniakan cahaya mata bagi
menjadi pelengkap hubungan kasih sayang antara mereka. Jika berhasil, panjatkan
setinggi kesyukuran kepada Allah kerana Dia ‘memilih’ kita untuk melaksanakan
tanggungjawab mendidik anak dalam kandungan itu supaya menjadi insan berguna.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Bagi pasangan yang barangkali sudah bertahun
menantikan kehadiran cahaya mata namun rezeki belum berpihak kepada mereka
percayalah, itu sebahagian ujian Allah dan terimalah ketentuan itu dengan penuh
reda. Gunakan kesempatan yang ada untuk terus berdoa dan berusaha, moga-moga
satu hari nanti Allah perkenankan permohonan kita menimang cahaya mata. Ketika
itu, diharapkan kita sudah bersedia menggalas amanah Allah itu dengan sempurna.
Setiap ibu bapa mengharapkan anak mereka bukan saja dapat membantu di dunia
bahkan diharap membantu ibu bapanya hingga ke akhirat.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Apabila sudah
mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu:
Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan
kepadanya.” Sekiranya mengidamkan zuriat yang terbaik dan soleh, setiap ibu
bapa mesti sentiasa berdoa kepada Allah yang menjadi amalan nabi dan rasul.
Allah berfirman yang bermaksud: “Ya Tuhanku,
anugerahkanlah kepadaku seorang anak yang baik dari sisi-Mu, sesungguhnya
Engkau sentiasa Maha Mendengar doa permohonan.” (Surah Ali-Imran ayat 38).
Dalam ayat itu, nabi dan rasul mengutamakan
zuriat yang soleh dalam kehidupan mereka, walaupun zuriat itu belum dilahirkan
lagi mereka berdoa kepada Allah s.w.t. Malah proses melahirkan anak soleh juga
perlu mengambil kira adab sebelum melakukan hubungan intim bersama isteri
supaya terhindar daripada gangguan syaitan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sekiranya
seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia
membaca: “Bismillah, Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada
kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Aspek
pemberian nama kepada bayi juga perlu diberi perhatian serius. Pastikan ibu
bapa memberikan nama yang indah dan mempunyai makna yang baik selain sedap
di dengar dan mudah disebut.
Daripada Abu Darda’ berkata, Nabi bersabda yang
bermaksud: “Sesungguhnya kamu sekalian akan diseru pada hari kiamat dengan
nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, elokkanlah nama-nama
kamu”. (Riwayat Imam Abu Daud).
Nama yang dipanggil kepada anak itu adalah doa
buat mereka dan mewakili diri serta kehidupannya. Jangan salah memberi nama
sehingga membawa maksud keji, hina dan buruk maksudnya.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Berilah nama
dengan nama-nama Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan
Abdurrahman. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah Harith dan
Hammam, dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah”. (Riwayat Abu Daud,
an-Nasai dan lain-lain).
Anak juga perlu diberi penekanan terhadap
tuntutan ibadah kerana kesempurnaan ibadah melambangkan sifat kepatuhan serta
ketaatan kepada Allah. Ibu bapa juga perlu mempamerkan akhlak dan budi terpuji
kepada anak-anak yang masih dalam proses membesar kerana suasana baik dan
positif itu akan meresap ke dalam jiwa dan sanubari. Soal halal haram rezeki
amat mempengaruhi tindakan sikap dan tingkah laku anak. Pastikan apa saja
bentuk rezeki termasuk wang, makanan atau minuman yang dibawa pulang ke rumah
datangnya daripada sumber halal, terbaik lagi suci. Malah sumber syubhah perlu
dijauhi. Rezeki daripada sumber haram pastinya tidak membawa keberkatan malah
ia akan menjadi darah daging yang merosakkan.
Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai manusia,
makanlah apa-apa di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikuti
langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata
bagimu.” (Surah Al-Baqarah ayat 168).
Mulakan langkah pertama mendidik anak dengan
kembali menghayati ajaran Islam serta menghidupkan persekitaran Islamiah dalam
rumah tangga. Ciri-ciri anak soleh antaranya taat kepada Allah, taat kepada ibu
bapa dan menjadikan Islam sebagai pegangan.
“Jika anak soleh menjadi perhiasan kepada
kehidupan di dunia dan menyejukkan mata memandang, anak toleh pula membawa
maksud bertentangan.
“Anak toleh ialah anak yang jahat, tidak mentaati
Allah serta ibu bapa serta sering menimbulkan masalah kepada masyarakat selain
memusnahkan kebahagiaan rumah tangga,” katanya.
Beliau berkata ibu bapa atau bakal bapa perlu
sentiasa memainkan peranan mereka terutamanya menyuburkan amalan terbaik yang
mampu memberikan kesan langsung kepada jiwa anak-anak untuk menjadi insan soleh
dan solehah.
“Melahirkan serta memiliki anak soleh lebih
penting daripada menumpukan sepenuh masa mencari dan mengumpul harta kekayaan
dunia.
“Tiada gunanya sepasang suami isteri yang sudah
memiliki segala-galanya, harta melimpah ruah, tetapi gagal membentuk peribadi
anaknya yang diselubungi pelbagai masalah moral.
“Istilah anak toleh atau derhaka ini pastinya
menghampakan impian dan harapan kedua ibu bapanya malah tidak membahagiakan kehidupan
orang tuanya di dunia dan di akhirat,” katanya.
Beliau berkata, anak soleh tidak akan putus-putus
mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ibu bapa mereka meskipun mereka
sudah pergi menghadap Ilahi.
“Itulah yang amat diharapkan setiap ibu bapa apabila
mereka sudah tiada lagi di dunia ini. Doa yang sentiasa dipanjatkan anak yang
soleh itu pastinya menjadi bekalan berkekalan buat mereka.
“Nabi ada bersabda yang bermaksud: “Apabila mati
anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah
atau ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
“Anak soleh bukan dapat dilahirkan secara
‘automatik’ sebaliknya bergantung kepada pendidikan yang bermula sejak daripada
pemilihan calon isteri atau suami lagi,” katanya.
Roslan berkata, pendidikan sempurna adalah asas
paling utama untuk melahirkan anak yang soleh selain perlu disesuaikan dengan
suasana dan zaman mereka.
“Anak-anak perlu diberikan didikan sesuai dengan
peringkat umur mereka dan suasana semasa di samping perlu melihat bentuk
cabaran yang sedang dihadapi.
“Nabi Muhammad pernah bersabda, didiklah anak
kamu mengikut peredaran zaman kerana anak kamu akan membesar pada zaman lain
dengan cabaran berbeza dengan cabaran hari ini,” katanya.
Memiliki anak soleh bermula
sejak daripada pemilihan calon pasangan lagi iaitu berdasarkan kepada empat
perkara agama, kekayaan, kecantikan dan keturunan.
“Rasulullah menyarankan lelaki yang mahu
berkahwin memilih wanita atas sebab agama kerana pastinya ia usaha awal untuk
memiliki anak soleh.
“Besar kemungkinan, jika seseorang memilih
pasangan yang tidak bagus sikap, akhlak dan peribadinya kemungkinan anak
yang mereka miliki mempunyai sikap sama,” katanya.
Beliau berkata, ramai pasangan melakukan
kesilapan kerana hanya berdoa meminta dikurniakan anak, tetapi tidak ramai yang
meminta dikurniakan anak soleh.
“Setiap pasangan perlu sentiasa berdoa supaya
dikurniakan anak yang soleh. Justeru pendidikan awal daripada ibu bapa
kepada anak mereka amat penting dalam menentukan baik buruk hala tuju
anak-anak.
“Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud, “Setiap
anak dilahirkan seperti kain putih, ibu bapanya yang mencorakkannya sama ada
menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”.
“Tidak cukup ibu bapa hanya berbangga anak mereka
mampu memperoleh keputusan terbaik dalam peperiksaan kerana yang lebih penting
daripada itu ialah mereka turut melakar kecemerlangan kerana menjiwai watak
anak soleh,” katanya. Bukan bermakna ibu bapa yang
mempunyai anak derhaka perlu disisihkan mereka begitu saja namun anak itu perlu
diberikan peluang serta bimbingan untuk berubah.
“Sebenarnya itu sebahagian ujian Allah kepada
hambanya supaya mereka terus gigih memberi galakan serta membantu anak mereka
kembali ke pangkal jalan.
“Setiap ibu bapa disarankan tidak mudah putus
harapan dan semangat sebaliknya terus melaksanakan tanggungjawab dan peranan
sebagai contoh ikutan kepada anak-anak,” katanya.
1 comments
tima kasih utk entry nie..sgt bagus dikongsikan
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"