Sahabat Que 'Silent Readers'

Gadis 21 Tahun DIBOGELKAN Dan DIBELASAH DENGAN BESI Akibat Di Tuduh MENCURI

1/29/2013 01:28:00 pm


Gadis 21 Tahun DIBOGELKAN Dan DIBELASAH Akibat Di Tuduh MENCURIKuching: Seorang gadis bukan saja dibelasah dengan batang besi, malah gambar separuh bogelnya dirakam pemilik sebuah rumah sewa apabila dituduh mencuri dalam satu kejadian di Bandar Baru Batu Kawa di sini, semalam.


Perbuatan melampau lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikatakan sebagai hukuman dan pengajaran kepada mangsa yang dituduh mencuri barangan dalam rumah sewa berkenaan.
baca lagi, klik TAJUK ENTRI ni
Mangsa yang berusia 21 tahun dan berasal dari Sibu itu dimalukan lelaki terbabit di depan beberapa lelaki lain termasuk rakan lelaki mangsa sendiri apabila pakaiannya dilucutkan secara paksa sehingga separuh bogel sebelum gambarnya dirakam.

Menurut sumber, mangsa dikatakan tiba di bandar raya ini dua minggu lalu untuk mencari pekerjaan sebelum bertemu rakan lelakinya yang berusia 20-an di Malihah.

Mangsa kemudian ditawarkan pekerjaan di sebuah kedai kopi dekat MJC Batu Kawah dan memutuskan untuk tinggal berhampiran tempat kerjanya dengan menyewa sebuah rumah sewa.

“Pemilik meminta gadis terbabit membersihkan rumah terlebih dulu sebelum masuk. “Namun, tidak berapa lama kemudian, lelaki itu berang apabila mendapati beberapa barang dalam rumah itu hilang lalu memanggil mangsa.


sumber: http://www.kakibising.com/2013/01/gadis-dituduh-mencuri-dipukul.html

You Might Also Like

6 comments

  1. manusia semakin kejam...amannya negaraku Malaysia spt kata menteri KDN....hampehhhh

    ReplyDelete
  2. kot ye pun cuba tanya betul2,selidik dulu,ni sesuka hati buat mcm tu,mcm budak tu xda harga diri.hr ni hr budak tu.esok lusa kalau tkena pada adik,sedara,anak ppuan dorg baru tau huhu.

    ReplyDelete
  3. kesiannya.perbuatan lelaki tu lagi kejam dr! ..bea , ingat tak video budak pompuan baju merah kena belasah dulu? alaa yang latar dia lagu pakngah tu .. fiza smpai sekarang tak tahu kisah disebalik kejadian tu .. entrykan la .huhuhu

    ReplyDelete
  4. Ke saja nak amik kesempatan...
    Yang part mencuri tu saja direka cerita...
    Macam2 hal zaman sekarang ni.....

    ReplyDelete
  5. tak jauh dari tempat tinggal mad nih.. adeh diorang buat kasi malu orang sarawak jer .. kalau dak pompuan mencuri tangkap jerla pastu hantar kat polis , usah ler bogel apa semua.. adeh

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad