Wednesday, 16 January 2013

GALI KUBUR ADIK TUNTUT KEADILAN

GALI KUBUR ADIK TUNTUT KEADILANNilai: “Kami syak adik saya dibunuh, bukan meninggal dunia akibat kemalangan seperti didakwa sebelum ini.


Kami cuma mahu menuntut keadilan bagi pihak arwah dan membela kematiannya,” kata Azizah Abdullah, 45, yang ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jijan Tengah, di sini, semalam, selepas penggalian semula kubur adiknya, Fazil, 37, berikutan kematiannya dipercayai ada unsur jenayah

Proses penggalian kubur berkenaan mengambil masa kira-kira sejam bermula jam 2.50 petang. Menurut Azizah, adiknya meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya pada 24 Disember lalu, kira-kira jam 4.10 petang selepas terbabit kemalangan sehari sebelumnya di Jalan Kampung Lembah Paya, Salak, Sepang, Selangor. 
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Katanya mereka tidak tahu dengan mendalam bagaimana kemalangan itu berlaku, namun ada saudara melihat kesan tetakan pada tangan kiri dan tikaman pada dada kiri selain kesan lebam di beberapa bahagian badan termasuk muka ketika memandikan jenazah.

“Jenazahnya dibawa balik tanpa dibedah siasat dan dikebumikan pada 25 Disember, kira-kira jam 8 malam,” katanya. “Hanya selepas itu kami membuat laporan polis kerana mahu bedah siasat dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya,” katanya.

Penggalian semula dilakukan ahli keluarga dan penduduk kampung dengan dipantau Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia dan Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Nor Azamir Alias selepas mendapat kebenaran Hakim Mahkamah Sesyen Sepang, Ahmad Fairuz Mohd Puzi melalui surat bertarikh 11 Januari lalu. Mayat Fazil dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dan kes dikendalikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang. Mengulas lanjut Azizah mendakwa lelaki menaiki kereta kancil yang merempuh adiknya membuat laporan mangsa tiba-tiba terjatuh di atas bonet depan keretanya.

“Kami yakin ada kejadian lain berlaku sebelum Fazil dilanggar kereta itu dan mahu polis menyiasatnya,” katanya. Menurut Azizah, adiknya bekas anggota tentera dan ketika dalam perkhidmatan di Kem Kemunting, Taiping, Perak arwah aktif bertinju dan pernah memenangi beberapa pingat. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Yusoff Awang, mengesahkan penggalian semula itu mengikut prosedur melalui kebenaran mahkamah.

1 comment:

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"