PAHLAWAN NEGARA Temenggong Datuk Kanang Anak Langkau, MENINGGAL DUNIA | Pahlawan negara Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, meninggal dunia awal hari ini
di Hospital Umum Sarawak. Mendiang berusia 68 tahun. Beliau meninggal dunia
pada jam 1.45 pagi, tidak lama selepas digegaskan ke hospital selepas pengsan
di rumah akibat sesak nafas, kata balunya Datin Brawang Chunggat.
"Kami
sekeluarga masih terkejut kerana beliau tidak pernah mengadu sakit dan memang
kelihatan sihat walafiat," katanya.
Kanang,
yang bersara sebagai Pegawai Waran 1 daripada 8 Batalion Ranger, Angkatan
Tentera Malaysia, merupakan soldadu tunggal yang menerima pingat Sri Pahlawan
Gagah Perkasa (SP) iaitu pingat keberanian tertinggi negara, ketika masih
hidup. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"