Monday, 14 January 2013

Pelajar derita ketumbuhan OVARI 'ANU' diarah berhenti sekolah

Pelajar derita ketumbuhan OVARI 'ANU' diarah berhenti sekolahKuantan: Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelabuhan, di sini, yang menderita penyakit ketumbuhan ovari, bukan saja berdepan pandangan serong masyarakat terhadap keadaan perutnya yang membesar, malah berdepan kemungkinan terpaksa berhenti sekolah.

Pelajar terbabit, Widdad Shairi, 17, berkata, selain disangka hamil anak luar nikah berikutan perutnya seperti orang mengandung, dia juga diminta pihak pengurusan sekolah supaya berhenti sekolah kerana vgagal hadir sejak sesi persekolahan bermula awal Januari lalu.

“Saya lebih risau mengenai pembelajaran kerana tidak pernah ke sekolah sejak sesi persekolahan bermula, lebih-lebih lagi saya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun ini. Mengenai penyakit dihidapinya, Widdad berkata, dia mula mengesan ketumbuhan itu pada November tahun lalu selepas berasa sakit pada bahagian kiri perut sebelum melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik swasta pada 10 Januari lalu.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

“Pada mulanya doktor memberitahu saya mengalami masalah hati dan limpa selain menyarankan saya membuat pemeriksaan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, tetapi terkejut apabila saya disahkan mengalami ketumbuhan ovari.

Ibu Widdad, Rohani Osman, 43, berkata, dia terkilan apabila pihak pengurusan sekolah menyuruh anaknya mengisi borang berhenti sekolah dan menyambung semula pembelajaran pada tahun depan. Sumbangan itu disampaikan Yang Dipertua Bakkiss, Wan Azlan Wan Salleh.

“Disebabkan masalah itu juga, ada guru yang menyuruh saya berhenti sekolah dan menyambung semula pada tahun depan,” kata Widdad ketika ditemui di rumahnya di Balok Pine, di sini, semalam.

“Saya dijangka akan menjalani pembedahan pada 25 Januari ini dan esok (hari ini), saya sekali lagi akan membuat pemeriksaan doktor di HTAA termasuk melakukan imbasan tomogafi berkomputer (CT Scan) dan Sinar-X,” katanya.

“Saya terkejut dengan saranan guru itu dan menganggap tindakan terbabit tidak patut kerana anak saya boleh kembali ke sekolah selepas dia berjaya menjalani pembedahan dan kesihatannya pulih,” katanya. Terdahulu, Widdad menerima sumbangan wang tunai daripada Badan Kebajikan Kemanusiaan dan Kemiskinan Seluruh Mukim Beserah dan Sungai Karang (Bakkiss) serta Kumpulan Baca Yasin Balok Pine, semalam.

6 comments:

  1. ya Allah, berikanlah kesembuhan kepada Widdad

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/01/set-kehamilan-shaklee-cantik-sihat-dan.html

    ReplyDelete
  2. moga cepat sembuh..... dipermudahkan segalanya.

    ReplyDelete
  3. saman je cikgu tu, buat tuduhan melulu.

    ReplyDelete
  4. Surat khabar sensasikan cerita. Salah faham atas apa yg cikgu tu perkatakan..

    ReplyDelete
  5. ckp dgn cikgu yg suruh berhenti tu...sekolah tu bukan mak bapak dia punya...gaji dia pun rakyat yg bayar...jgn sombong dgn org yg ditimpa musibah.. sepatutnya bagi semangat pd pelajar tsb.. banganggg punya cikgu...jumpa kat aku mmg makan pelempang cikgu tu...

    ReplyDelete
  6. Salam..
    Sepatutnya semua orang baca betul2 akhbar tu, dan kenyataan dari pelajar dan penjaga. Guru minta berhenti dan sambung semula tahun depan. Maksud guru tersebut adalah MENANGGUHKAN persekolahan. Tapi tajuk berita disensasikan....

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"