Sahabat Que 'Silent Readers'

TENTERA AMERIKA MEROGOL DAN MEMBUNUH WANITA AFGANISTAN

1/10/2013 07:56:00 am

TENTERA AMERIKA MEROGOL DAN MEMBUNUH WANITA AFGANISTAN | Sebuah misi Parlimen Aghanistan untuk menyiasat penyembelihan 16 warga Afghanistan yang terbaru oleh tentera Amerika mendapati 2 orang wanita daripada 16 mangsa itu telah dirogol sebelum dibunuh, lapor Press TV.

2 ahli daripada misi mencari fakta itu, Hamidzi Lali dan Shakila Hashemi, melaporkan kepada parlimen Afghanistan semalam bahawa tentera Amerika itu telah merogol 2 wanita tersebut sebelum melakukan pembunuhan beramai-ramai itu (termasuk membakar 2 mayat wanita itu untuk menghapuskan segala bukti).

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Mereka mengatakan, kejadian itu melibatkan antara 15 ke 20 tentera AmerikaNamun begitu, Washington pula mendakwa hanya seorang sahaja tentera mereka yang terlibat iaitu, Staf Sarjan Robert Bales yang kini sudahpun dibawa pulang ke Amerika untuk kononnya dibicarakan.

Sebelum itu pada hari Jumaat, Presiden Afghanistan, Hamid Karzai mengkritik Amerika kerana enggan bekerjasama dengan pasukan mencari fakta Afghan itu dan mengataan bahawa pembunuhan warga awam negara itu oleh tentera Amerika sudah berlaku terlalu lama.

Pada 11 Mac, sepasukan tentera Amerika telah menyerbu dari rumah ke rumah di 3 perkampungan di daerah Panjwaii di Kandahar dan menembak secara rambang warga awam Afghanistan di rumah mereka, membunuh sekurang-kurangnya 16 orang dan mencederakan beberapa yang lain.

(IW/Press TV)

You Might Also Like

3 comments

  1. Ya Allah, Ya Tuhanku, masih kami dibutakan dengan perilaku askar USA dan sekutu yang jahanam itu. Semoga Allah melindungi kita semua umat Islam.AMin.

    ReplyDelete
  2. pemimpin islam dibutakan dan dibodohkan dengan suapan $$$ dan wanita yahudi

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad