TRAGEDI Di Plaza Tol RAGUT DUA NYAWA | Dua beradik maut manakala seorang
rakannya parah selepas terbabit kemalangan di Kilometer 24, Lebuhraya Silk, di
sini, semalam. Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, kereta Perodua Kelisa dipandu
mangsa yang dikenali sebagai Henry, 24, hilang kawalan sebelum melanggar tembok
Plaza Tol Sungai Ramal. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor,
Superintendan Zulkifli Jonit berkata, kereta dipandu mangsa hilang kawalan dan
terbabas sebaik tiba di tempat kejadian.
Katanya, akibat kejadian itu, mangsa dan adiknya
yang dikenali sebagai Balamurugam, 19, maut di tempat kejadian kerana parah di
kepala dan badan.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
“Seorang lagi rakan mangsa yang berusia 20-an parah dan dibawa ke Hospital Kajang,” katanya di sini, semalam.
“Seorang lagi rakan mangsa yang berusia 20-an parah dan dibawa ke Hospital Kajang,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, mayat dua beradik terbabit dibawa
ke Hospital Serdang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga dan
kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sementara
itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Mishan Benu berkata,
pihaknya menerima maklumat kejadian pada jam 8.20 pagi sebelum bergegas ke
lokasi kejadian.
“Kami mengeluarkan tiga mangsa yang tersepit
masing-masing di bahagian pemandu, penumpang depan dan belakang dengan
mengambil masa 15 minit,” katanya.
Mintak simpang la kejadian mcm ni jadi kat keluarga kita... huhuhuhu
ReplyDeletehampir setiap hari, pasti ada kes kemalangan maut, semoga roh mereka dicucuri rahmat
ReplyDeletehttp://welovesusuibu.blogspot.com/2013/01/ubat-sakit-sendi-boleh-hilang-dalam-5.html